China Membina Lif Yang Terpantas Di Dunia

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

China Membina Lif Yang Terpantas Di Dunia | Hitachi telah mengumumkan bahawa mereka sedang membina lif yang terpantas di dunia denga kelajuan ultra di dalam bagunan Guangzhou CTF Finance Centre yang terletak di Guangzhou, China. Bangunan tersebut dijangka siap pada tahun 2016, dan di dalamnya akan dibina lif yang pantas yang mampu menaiki 95 tingkat hanya dalam masa 43 saat. Guangzhou CTF Finance Centre seperti yang diilustraikan oleh pelukis itu akan memuatkan lif yang terpantas di dunia. Dibina oleh Hitachi, dan akan mampu bergerak naik sejauh 1,200 meter per minit.

Guangzhou CTF Finance Centre adalah merupakan bagunan pencakar langit yang bakal memuatkan pejabat, hotel dan ruang tempat tinggal. Secara keseluruhan, struktur gergasi itu akan memiliki 111 tingkat diatas tanah dan lima tingkat dibawah tanah. Ia dibina dalam sebuah bandar di Daerah Tianha.

tower 2 China Membina Lif Yang Terpantas Di Dunia

Gambaran pelukis menujukkan bangunan Guangzhou CTF Finance Centre (kanan) yang dijangka siap pada tahun 2016

Walaupun bukan merupakan bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia, lif yang terdapat di dalamnya itu semestinya akan menjadi daya penarik. Secara keseluruhan, struktur tersebut akan mempunyai 95 lif tetapi hanya dua sahaja yang akan dianugerahkan sebagai yang terpantas di dunia (ceh, dua je?)

Lif tersebut dikuasakan oleh motor synchronous bermagnet, yang membenarkan output tinggi yang diperlukan demi untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi. Pada halaju maksimum, lif tersebut akan bergerak menaik hampir 4,000 kaki per minit, ini adalah bersamaan dengan 44mph (70kph). Apabila menurun pula, lif tersebut akan perlahan sedikit iaitu pada 2,000 kaki (600 meter) per minit, atau 22.4mph (36kph).

Hitachi menyatakan bahawa lif tersebut akan mempunyai teknologi yang menyokong operasi lif yang selamat dan selesa, jadi penumpang akan selesa untuk menaikinya walaupun dalam keadaan kelajuan yang tinggi. Syarikat tersebut telah mempunyai sejarah dalam pembuatan lif yang laju – pada tahun 1968 mereka telah mereka lif yang terpantas di Jepun dalam Bangunan Kasumigaseki, yang bergerak 300 meter per minit.

tower China Membina Lif Yang Terpantas Di Dunia

Akan terdapat kepelbagaian ciri-ciri keselamatan untuk lif rekaan mereka yang terbaru ini. Ini termasuklah sistem brek dan peranti hentian kecemasan yang dapat mengesan kelajuan yang berlebihan.

Breknya juga mempunyai pengalis haba yang cemerlang – walaupun jika terjadinya masalah fungsi, penumpang boleh menghentikan lif semasa operasi walaupun dalam kelajuan yang tinggi. Bagi mengelakkan telinga penumpang mengeluarkan bunyi ‘pop’, Hitachi akan menukar tekanan udara di dalam lif semasa ia menaik dan menurun. Pembinaan bangunan CTF Guangzhou, yang dahulunya dikenali sebagai Chow Tai Fook Centre, bermula pada 2010 (gambar diambil semasa tahun 2012) dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016.

Macamana, ada bran? Harap nanti tak ada kes budak tersepit celah lif pulak :p

If you enjoyed this post, you should read this: Suami Kecewa Bakar Diri Isteri Jalinkan Cinta Dengan Pengkid

China Membina Lif Yang Terpantas Di Dunia
zyra roxx

Nota: