Celcom Melakukan Ujian 5G Pertama Di Malaysia

Sebelum ini, untuk rangkaian 4G, Maxis menjadi terawal memperkenalkan ia untuk pengguna umum. Kini, dengan perkembangan teknologi rangkaian, pihak Celcom nampaknya tidak ingin ketinggalan dan ingin menjadi antara terawal memperkenalkan sokongan rangkaian 5G kepada pelanggan mereka.

Terkini, Celcom dan Ericsson hari ini telah mempertontonkan ujian 5G pertama di Malaysia kepada media. Untuk makluman, ujian ini dilakukan secara teknikal di Celcom, dan belum lagi ditawarkan kepada pengguna umum.

Ujian 5G yang dilakukan menggunakan gelombang 28GHz, menjadikan ia ujian pertama pada gelombang berkenaan di rantau Asia Tenggara ini. Ujian pertama untuk 5G ini juga turut memperlihatkan kadar celus mencapai 5G dipertontonkan oleh Celcom dan juga Ericsson.

Dengan perkembangan arena peranti-berhubung dan robotik, rangkaian 5G akan menjadi salah satu medium utama dalam memastikan pengguna dan pelbagai peranti berhubung sepanjang masa dalam memudahkan tugasan, komunikasi, dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Celcom atau sebarang penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia akan menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna. SKMM sendiri masih belum mengeluarkan panduan sepenuhnya untuk tujuan berkenaan buat masa ini. Pada peringkat global, rangkaian 5G disasarkan untuk dikomersialkan secara meluas bermula 2020.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: