Celcom Escape Bekerjasama Dengan Astro Supersport Dan Fox Sports- Membawakan Kandungan BPL

Selepas pihak Telekom Malaysia mengumumkan kerjasama dengan pihak Astro dalam membawakan kandungan sukan ke HyppTV, kini dilihat pihak Celcom turut melakukan perkara sama dalam membawakan kandungan BPL daripada Astro kepada pelanggan mereka yang melanggan Escape.

Escape telah diperkenalkan oleh Celcom pada tahun lepas, dimana melaluinya pengguna boleh mengikuti pelbagai kandungan video, seperti rancangan televisyen, berita mahupun filem menggunakan peranti Android atau iOS, atau terus melalui web mereka. Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftarkan akaun menggunakan nombor telefon mereka.

Celcom Escape BPL

Dengan penyertaan kandungan BPL ini, ia membolehkan pengguna Escape mengikuti siaran bola sepak secara langsung pada resolusi tinggi, disamping pada masa yang sama mengikuti highlights perlawanan bola sepak yang lepas.

Celcom turut mengatakan mereka akan membawakan lebih aktiviti menarik lain kepada pelanggan Escape mereka dari masa ke semasa, terutamanya yang berkaitan dengan dunia bola sepak.

Layari : ESCNow

Nota: