CHACHAPA (Mexico): Empat maut manakala tiga yang lain cedera dalam satu letupan di sebuah kilang gas asli di Mexico, demikian menurut pihak berkuasa hari ini.
MINA: Jutaan umat Islam termasuk 22,320 jemaah haji Malaysia hari ini memenuhi kompleks melontar bertingkat yang dibina khas untuk melontar ketiga-tiga jamrah di Mina.
BUKIT MERAH: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 190.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi.
TAWAU: Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lalu mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.
KUALA LUMPUR: Harga di Bursa Malaysia kekal kukuh pada tengah hari ini, disokong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih seperti Petronas Chemicals dan Maxis, kata peniaga.
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO tidak harus dipinggirkan kerana mereka mempunyai kebolehan dan pengalaman untuk menterjemah sesuatu dasar kepada maklumat yang mudah difahami masyarakat, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
MARAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar elaun RM500 sebulan kepada mereka yang menjaga ‘orang hilang upaya khas’ menerusi Skim Bayaran Layanan Sentiasa (ELS) mulai tahun ini.
PULAU BANGGI (Kudat): Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek memberi amaran kepada pihak yang sering menyebarkan berita palsu tentang serangan Sulu supaya segera menghentikan kegiatan mereka.
JEMPOL: Seramai 168 pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam di Bandar Seri Jempol, keracunan makanan dengan 18 dimasukkan ke Hospital Jempol, malam tadi.