KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksana, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan ketika peringkat peralihan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan RM450 juta di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengurangan Jenayah, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/2014.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan tidak akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan usaha untuk menyediakan perkhidmatan bersepadu kepada rakyat di bawah Program Transformasi Komuniti (CTP) dan memperluaskannya ke kawasan lain secara berperingkat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan kepada barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus dan ikan masin.
KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi mampu meyakinkan orang awam bahawa maklumat peribadi mereka dilindungi dengan baik.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan yakin ini adalah masa terbaik melaksanakan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal.
KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak sawit, aktiviti menangkap ikan dan pelaburan syarikat Amerika Syarikat dalam penternakan udang galah kembali pulih di Lahad Datu setelah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ditubuhkan untuk memperkukuh …
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam.