LONDON: Kerajaan akan terus mengamalkan keterangkuman, terutama dalam memastikan semua rakyat Malaysia, termasuk masyarakat India, mendapat manfaat daripada transformasi negara ke arah menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
LONDON: Hubungan Malaysia-United Kingdom yang kini dilihat berada dalam keadaan amat selesa, diharap dapat membuka lebih banyak ruang dan potensi perniagaan dan pelaburan bagi kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Petaling Jaya: Seorang penyelenggara tapak binaan, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh pelajar Tingkatan Tiga, Ng Yuk Tim, sebelum mayatnya dicampak dekat Bandar Putra Klang, minggu lalu.
KOTA BHARU: Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menjangka perlawanan akhir Piala malaysia antara pasukannya dan Pahang akan berakhir dengan sepakan penalti.
dikemaskini MP PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin menarik balik dakwaannya dalam Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi ketua Pemuda Umno pernah menyebut titiskan darah Cina dengan keris dalam satu perhimpunan.
Seremban: Pelajar kolej swasta warga Sudan, Alaeldin Alfatih, 20, yang koma sejak Sabtu lalu, selepas dibelasah dua lelaki Afrika menggunakan botol di Bandar Baru Nilai, dekat sini, meninggal dunia pagi ini di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arulchelvan ditahan ketika cuba menghalang kerja-kerja perobohan ke atas rumah di Kampung Hakka, Mantin di Negeri Sembilan.
Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini.
Balu kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keluarganya sedia memaafkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telahpun memohon maaf atas ucapan tersebut pada hari Selasa lalu.
Kota Kinabalu: Pasukan sepak takraw Malaysia mencatat kemenangan mudah ke atas Iran 2-0 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Siri Super ISTAF di Kompleks Sukan Likas di sini, sebentar tadi.
IPOH: Seorang pensyarah Matematik Institut Teknologi Perak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana meminta dan menerima suapan RM1,130 daripada dua pelajar, tiga tahun lalu.