Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014 | Assalmaulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 3.0 yang ditolak permohonannya masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pemohon boleh membuat rayuan dengan merujuk laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau ke jabatan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian Online juga mendapati, pengguna media sosial Facebook turut berkongsi perasaan kecewa apabila permohonan mereka telah ditolak walaupun menepati syarat kelayakan.

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

Pemilik akaun Facebook, Siti Sarah Yusof berkata, permohonannya ditolak mungkin berpunca daripada kelewatannya untuk menukar staus perkahwinan.

“Jika diikutkan syarat untuk terima BR1M, saya layak untuk terima. Tetapi disebabkan kesukaran kemaskini maklumat peribadi iaitu status perkahwinan, menyebabkan saya tak menerima BR1M kali ini,” katanya.

Dalam pada seorang lagi pemilik akaun Facebook, Eyma Zima Fie turut melahirkan perasaan kecewa apabila gagal menerima bantuan tersebut.

“Ramai orang sudah dapat BR1M, saya tak dapat lagi…kalau ikut kelayakn saya memang layak dapat bantuan itu.

“Tapi kenapa lambat atau maklumat saya bertindih?,” katanya.

Berikut merupakan Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

  1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
  2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
  4. Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.

Pastinya dengan ledakan kenaikan kos sara hidup hari ini terutamanya melibatkan rakyat malaysia yang tinggal dan di kawasan bandar, permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 andaikata dapat diluluskan sekurang-kurangnya dapat menampung penurunan belanja boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia hari ini setiap bulan.

Sumber : Sinar Harian & Berita Semasa

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Privacy Policy

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014
Dr Fuh

Nota: