Cara Kawal Penyakit Gout

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Cara Kawal Penyakit Gout Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.

Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Apabila menghidap satu-satu penyakit, antara nasihat ‘wajib’ yang diberi doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap nasihat untuk ‘jaga makan’ itu sebagai berpantang, membuatkan sesetengah pesakit menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh merangsang penyakit mereka.

Memang diakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa panjang.

Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’ dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

If you enjoyed this post, you should read this: Rating

Cara Kawal Penyakit Gout
Nurul Syarafina

Nota: