dherba

Cara bangun pagi: Anda pasti bangun jika guna alarm gila ini

Ini cara bangun pagi paling berkesan. Gunakan penggera tidur atau alarm gila ini. Alarm ini sangat berkesan. Anda, tidak dapat tidak, mesti bangun tidur secepat mungkin sebaik alarm ini menjerit.

Apa tidaknya. Apabila alarm mula berbunyi, anda tidak dapat mematikan bunyi alarm sebagaimana alarm biasa lain. Jika anda restart telefon bimbit sekali pun, alarm ini tetap menyambung bunyi bisingnya.

Penulis sendiri sudah menggunakannya kerana turut menghidap “penyakit susah bangun pagi”, terutama jika tidur lewat. Ternyata ia satu cara bangun pagi paling cepat.

Tidak mudah dimatikan

Untuk mematikan bunyi bising dari alarm ini, anda sama ada perlu bangun dari tidur dan menyelesaikan satu pengiraan matematik pada alarm ini atau bangkit dari katil anda lalu perlu pergi mengambil gambar objek yang anda sudah setkan awal-awal lagi.

Foto objek lain tidak akan mematikan alarm ini daripada berterusan buat bising. Gambar yang anda setkan sejak awal sahaja dapat “menundukkan” alarm ini. Anda perlu bangkit dari katil, pergi dan halakan kamera telefon anda pada objek berkenaan serta klik butang kamera, barulah alarm ini diam.

Untuk memastikan anda pasti terjaga, penulis cadangkan anda pilih objek di luar rumah atau objek yang berada sejauh mungkin dari bilik tidur anda seperti di dapur atau di tingkat bawah jika rumah anda bertingkat.

Setkan foto di luar rumah

Untuk lebih berkesan lagi, penulis cadangkan setkan gambar dashboard kereta anda. Bunyi macam melawak atau bergurau, tetapi jika dengan cara ini pun masih tidak mampu menjadikan anda “jaga”, sebaliknya kembali ke katil setelah menyelesaikan tuntutan alarm berkenaan, anda mungkin perlu bertemu terapi atau doktor perubatan untuk mengatasi masalah sukar bangun pagi!

Baca juga:  Khasiat Berwuduk Sebelum Tidur

Ternyata alarm ini sangat sesuai untuk mereka yang ada penyakit susah bangun pagi, sekali gus mendapat manfaat bangun pagi.

Untuk versi terkini, ada dua cara lagi untuk mematikan bunyi nyaring alarm ini, iaitu dengan cara menggoncang atau menggunakan kod bar.

Versi Android dan iOS

Bagaimanapun, bagi penulis, dua cara pertama – menyelesiakan masalah matematik atau mengambil foto objek khas – ternyata lebih berkesan untuk membuatkan seseorang terpaksa bangkit dari katilnya.

Apa nama alarm yang dimaksudkan? Alarm berkenaan ialah Alarmy. Laman web berkenaan mencatatkan ia sudah digunakan 13 juta pengguna di seluruh dunia.

Alarm versi Android dan iOS ini dapat dibaca dan didownload di sini atau di sini.

Cubalah. Inilah cara bangun pagi yang sangat berkesan buat masa ini, terutama bagi mereka yang memang susah bangun pagi. – inimajalah.com

Imej: independent.co.uk