Canonical Ingin Berkongsi Perkembangan Ubuntu Phone Pada Rabu Ini

Canonical hari ini telah mengemaskini halaman utama Ubuntu.com, sekaligus memperlihatkan sebuah notif mengatakan mereka akan berkongsi mengenai perkembangan Ubuntu pada 19 Februari ini – bersempena dengan Mobile World Congress minggu hadapan.

Ubuntu Phone Update

Seperti tahun lepas, mungkin ia akan lebih memfokuskan kepada sistem operasi berkenaan sendiri, dan mungkin sekiranya bertuah kita akan melihat pengumuman berkaitan rakan kerjasama mereka untuk Ubuntu Phone.

Pihak Canonical membuka acara berkenaan kepada semua, yang mana sesiapa sahaja boleh menyertainya dan bertanyakan soalan kepada Mark Shuttleworth dan beberapa orang kuat lain di Canonical dan Ubuntu.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Canonical untuk Ubuntu Phone pada hari Rabu ini.

Nota: