Canon Mengemaskini Siri PIXMA All-in-One Photo Printer – Kini Hadir Dengan Rekaan Menarik Bersama Fungsi NFC

Bagi meraikan ulang tahun mereka ke-20 dalam menjadi jenama no. 1 negara dalam arena pencetakan berasaskan inkjet, mereka telah menawarkan kemaskini keluarga PIXMA All-in-One melalui dua model baru iaitu TS8070 dan TS5070. Kedua-duanya kini didatangkan dengan rekaan kompak dan menarik disamping membawakan keupayaan baru pada pencetak semua-dalam-satu ini.

PIXMA TS8070 menawarkan sistem dakwat hibrid 6-warna bagi membolehkan penghasilan gambar yang berkualiti tinggi. Ia juga membawakan skrin LCD berwarna 4.3-inci disamping hadir dengan kebolehan mencetak terus pada permukaan CD dan juga pencetakan daripada kad memori.

Bagi model PIXMA TS5070, ia dilihat menawarkan spesifikasi yang sedikit rendah berbanding PIXMA TS8070 seperti kehadiran panel LCD 3-inci dan ketiadaan sokongan NFC.

Di Malaysia, ia bakal ditawarkan sekitar November ini dengan harga RM537 untuk model PIXMA TS5070. Bagi yang ingin mendapatkan fungsi NFC, anda boleh mendapatkan PIXMA TS8070 dengan harga RM841.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: