Nintendo Switch ialah konsol yang sedang mendapat sambutan luar biasa dari peminat. Sejak dilancarkan lebih dua juta unit dilaporkan telah berjaya dijual. Ini melangkaui sasaran asal Nintendo dan mengakibatkan konsol ini mengalami kekurangan stok. Sungguhpun popular, Call Of Duty: WW2 versi Switch tidak akan dihasilkan.
Ini disahkan sendiri oleh Sledgehammer Games ketika sesi AMA di laman Reddit. Buat masa ini ia hanya akan hadir di PlayStation 4, Xbox One dan PC. Berita ini pasti mengecewakan pemilik Switch kerana apa gunanya konsol tanpa permainan popular dari pengeluar lain.