Cadangan Untuk Emoji Wanita Bertudung Diketengahkan

Pada era masa kini yang memperlihatkan ramai menggunakan aplikasi permesejan untuk berkomunikasi – termasuk WhatsApp, iMessage, Telegram, Facebook Messenger dan sebagainya, salah satu perkara yang turut meningkat populariti bersama adalah penggunaan emoji. Seperti ramai sedia maklum, terdapat sejumlah jenis emoji berbeza yang ditawarkan dalam memudahkan penyampaian sesuatu mesej.

Namun, salah satu perkara yang masih tiada adalah emoji wanita bertudung. Menyedari perkara ini, kini cadangan untuknya diketengahkan oleh salah seorang remaja berusia 15 tahun. Melalui cadangan berkenaan, ia dinyatakan yang mana terdapat lebih kurang 550 juta pengguna wanita bertudung diseluruh dunia, namun tiada sebarang emoji berkaitan dengannya sehingga kini.

Buat masa ini, cadangan ini pada peringkat draf lagi, dan ia akan dibentangkan kepada Unicode Consortium pada bulan November kelak. Sekiranya cadangan emoji berhijab ini diterima, maka ia mungkin akan disenaraikan sebagai emoji akan datang yang bakal diumumkan pada tahun hadapan.

Baca : Draf cadangan emoji wanita bertudung

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: