Buru, kenal pasti siapa yang sebar

Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Nerus: Polis kini memburu individu yang bertanggungjawab memukul seorang wanita dalam keadaan bogel yang dipercayai berlaku di negara jiran.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti wanita itu dan siasatan mendapati dia tidak berada di negara ini.

“Kita sedang menjejakinya. Sehingga kini, kita sudah merekodkan enam keterangan dan sedang mengumpul bukti secara dokumentasi termasuk mengenal pasti video asal itu diambil daripada telefon bimbit mana dan siapa yang bertanggungjawab menyebarkannya.

“Kertas siasatan berhubung kes berkenaan juga sudah dibuka dengan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan cedera dan Seksyen 506 KK kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2016 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, di sini, hari ini.

Menurut Noor Rashid, polis turut memberi amaran kepada orang ramai agar berhenti menyebarkan video viral berkenaan.

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video berdurasi 3 minit 27 saat memaparkan seorang wanita dipukul dalam keadaan bogel menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand dipercayai diupah oleh wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia.

tamat

Image: 
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Nerus: Polis kini memburu individu yang bertanggungjawab memukul seorang wanita dalam keadaan bogel yang dipercayai berlaku di negara jiran.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: