Bukan sekadar perjalanan…

Utama

ramlah@hmetro.com.my

Shah Alam: Pelakon dan penerbit filem , Datuk Rosyam Nor menamatkan misi berjalan sejauh 47.2 kilometer (km) dari Masjid Karangkraf di Seksyen 15, di sini, ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak petang tadi sempena kempen Walk for World Quran Hour.

Program bermula pada 6.45 pagi dan berakhir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM pada 4.15 petang hari ini.

Hadir sama, Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah.

Antara lokasi yang dilalui Rosyam ialah Taman Megah, Damansara Jaya, Damansara Utama, Taman Tun Dr Ismail, Kepong, Batu Caves dan Taman Sri Gombak.

Rosyam berkata, dia bersyukur kerana berjaya menamatkan misi berkenaan dan disambut pihak UIAM dengan selawat nabi dan beliau turut menyerahkan simbolik senaskhah al-Quran kepada Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

“€œSebenarnya, ia bukan sekadar perjalanan, sebaliknya untuk mengajak orang ramai mengingati Hari Wukuf di Arafah dengan sama-sama membaca al-Quran selama sejam bersama umat Islam di seluruh dunia,”€ katanya.

Rosyam yang juga ikon Rumah Ngaji berkata, inisiatif program Walk for World Quran Hour ini lahir daripada cetusan ideanya sendiri sebagai usaha untuk terus mengajak orang ramai memenuhi Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

Rosyam Nor
misi jalan kaki
Walk for World Quran Hour
Image: 
Ramlah Zainal

Shah Alam: Pelakon dan penerbit filem , Datuk Rosyam Nor menamatkan misi berjalan sejauh 47.2 kilometer (km) dari Masjid Karangkraf di Seksyen 15, di sini, ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak petang tadi sempena kempen Walk for World Quran Hour.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: