Buka penutup, jumpa janin

Utama

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Janin yang sudah cukup sifat ditemui dalam lubang kumbahan utama Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.

Ia ditemui pekerja penyelenggaraan yang sedang mengambil ukuran penutup kumbahan itu, pada 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Janin ditemui pekerja lelaki yang berusia 37 tahun ketika membuka penutup lubang kumbahan itu untuk mengambil ukuran.

“Dia kemudian ke pos pengawal HRPZ II untuk membuat laporan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan janin itu masih baru.

Susulan itu, Baharom meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi pihaknya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan.

Image: 
Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Janin yang sudah cukup sifat ditemui dalam lubang kumbahan utama Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: