Budak 8 tahun jatuh dalam sungai

Utama

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Budak perempuan berusia lapan tahun hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Tengah, Padang Temusu, di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 5.15 petang ketika mangsa, Nur Aishah Suhaimi duduk seorang diri di tebing sungai, manakala kakak serta seorang rakannya berada berhampiran.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba mangsa menggelungsur masuk ke dalam sungai dan terus hilang dibawa arus sungai yang deras.

Ketika kejadian, air sungai penuh kerana hujan lebat sejak semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Razmi Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.34 petang sebelum 11 anggota bersama sebuah jentera dan EMRS ke lokasi kejadian.

Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat berkenaan turut dibantu lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air(PPDA) untuk mengesan mangsa.

“Operasi mencari mangsa kemudian dihentikan pada jam 7 malam ini dan akan disambung esok,” katanya.

Image: 
Omar Osman

Sungai Petani: Budak perempuan berusia lapan tahun hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Tengah, Padang Temusu, di sini, hari ini.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: