Budak 11 tahun ditemui lemas di Bagan Datoh

BAGAN DATOH: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikatakan hilang selepas tergelincir ketika menjala ikan di tali air di Parit 1 Sungai Sumun di sini pagi semalam ditemui lemas jam 3.20 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Perak Selatan, Dr Abdul Samad Hashim, berkata mayat Mohamed Haikal Fathul Rasidin, ditemui tersangkut di bawah pokok di tali air itu kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

Nota: