Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
BR1M 3.0 Akan Terus Disalur Ke Akaun Bank Penerima | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada para pembaca semua. Nampaknya berita baik terutamanya kepada Pemohon BR1M 3.0 2014 apabila kerajaan mengumumkan akan terus memasukkan wang BR1M 3.0 ke akaun bank mereka yang layak menerimanya.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.
BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan
Orang ramai boleh mengemaskini maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran.
Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui 03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my.
Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima BR1M sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.
Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank. – Sumber
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: Address