Bonus Raya untuk pemilik Mitsubishi

Anda bercadang bergaya dengan kereta baru pada Hari Raya tahun ini? Dan, pada masa sama anda mendapat duit raya apabila mengesahkan tempahan kereta baru itu?

Anda mahu pulang beraya dengan sistem audio-video baru dan relaks di atas sofa empuk baru, semuanya di dalam kereta baru sambil menikmati lagu raya syahdu sepanjang perjalanan menuju kampung halaman paling dirindu?

Jika jawapannya ‘ya’, mungkin kali ini anda boleh pertimbangkan gaya rekabentuk menawan dan sistem teknologi pemotoran terkini oleh Mitsubishi.mitsubishi

Lebih menarik ialah kerana Mitsubishi Motors Malaysia, sempena perayaan kali ini, mahu menganugerahkan pelanggannya dengan pelbagai pemberian hadiah bermakna.

Menurut mitsubishi-motors.com.my, pelanggan yang menempah dan mendaftar kenderaan Mitsubishi jenis Lancer (sedan), Grandis (kenderaan pelbagai guna / MPV), Triton (trak) dan Pajero (SUV), akan diberikan Bonus Raya sehingga RM3,000, bergantung kepada model kenderaan ditempah.

Pelanggan yang menempah Triton dan Pajero pula akan menerima jaket eksklusif bagi pakej penyelenggaraan percumameliputi alat ganti dan kos buruh selama dua tahun.

Mereka yang berminat boleh mengunjungi ruang pameran  Mitsubishi Motors berdekatan atau menghubungi 03 7622 2202.- inimajalah.com

Nota: