Blackberry Passport Dilancarkan Esok?

The Wall Street Journal melaporkan bahawa syarikat telefon pintar Blackberry akan melancarkan telefon pintar terbarunya yang mempunyai skrin berbentuk segiempat sama, Blackberry Passport, esok di US dan ia akan melancarkannya tanpa kerjasama para telco US. Ini bermakna ia akan dijual tanpa kontrak mahupun subsidi para telco.

Blackberry_Passport_apps_scale_credit_n4bb-578-80

Blackberry Passport Dilancarkan Esok?

Blackberry dilaporkan akan melancarkan telefon pintar terbarunya, Blackbery Passport, yang mempunyai skrin 4.5 inci berbentuk segiempat sama esok di US. Walaubagaimanapun, telefon pintar yang dijangka dijual pada harga USD599 (RM 1900+/-) itu tidak akan didatangkan dengan kontrak mana-mana telco di negara itu.

Sungguhpun demikian, CEO Blackberry tetap optimistik kerana berpendapat harga itu lebih kompetatif jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy S5 dan iPhone 6 yang hanya boleh didapati dengan harga USD 649 tanpa kontrak. Blackberry Passport merupakan telefon pintar pertama dilancarkan syarikat Kanada itu setelah mengalami kegagalan dengan telefon pintar Blackberry 10 tahun lepas.

Telefon pintar ini akan dipasarkan kepada golongan korporat yang telah lama menjadi pasaran sasarannya. Ia mempunyai bateri yang boleh bertahan selama 36 jam dan dilengkapi antena yang besar yang mempunyai penerimaan isyarat yang lebih baik dari pesaing-pesaingnya.

Sungguhpun mempunyai rekabentuk luar biasa, ia tetap mempunyai spesifikasi yang membanggakan. Skrinnya mempunyai resolusi 1440 x 1440 dan kepadatan piksel 453ppi membolehkan paparan 60 aksara dalam satu baris, satu bilangan akasara yang jauh lebih tinggi berbanding paparan telefon pintar biasa.

Ia juga dilengkapi pemproses quad core Snapdragon 800 2.2GHz dengan 3GB RAM dan 32GB ruang storan yang boleh ditambah dengan storan kad MicroSD.

Blackberry merancang untuk melancarkan telefon pintar ini esok dengan acara pelancaran serentak di Toronto, London dan Dubai, diikuti dengan pemasaran serta-merta di  kebanyakan wakil jualannya serta pemasarannya di Asia dalam 1 atau 2 minggu akan datang.

The post Blackberry Passport Dilancarkan Esok? appeared first on TechKini.com.

Nota: