Blackberry Passport Dilancarkan

Selepas berbulan-bulan maklumat dan gambar-gambar yang dibocorkan , Blackbery akhirnya melancarkan Blackberry Passport secara rasmi dan mendedahkan segala butiran mengenai.

Blackberry_Passport_comparison-578-80

Blackberry Passport Dilancarkan

Blackberry telah melancarkan secara rasmi Blackberry Passport dan mendedahkan keseluruhan butiran dan spesifikasi telefon pintar dengan rekabentuk yang unik itu.

Telefon pintar ini didatangkan dengan skrin 4.5-inci, 1440 x 1440 berbentuk segi empat sama yang diperbuat dari Gorilla Glass dan keyboard QWERTY penuh. Syarikat itu mengatakan skrin tersebut boleh memuatkan 60 aksara dalam sebaris, berbanding 33 aksara pada sebuah iPhone.

Bercakap mengenai iPhone, CEO Blackberry John Chen juga tidak lupa untuk menyatakan bahawa tidak seperti iPhone 6 Plus, telefon pintar Blackberry Passport tidak akan bengkok di bawah tekanan.

Blackberry mendakwa telefon pintar ini mempunyai ketahanan bateri selama 30 jam dan merupakan telefon pintar pertama yang akan diual dengan Blackberry OS 10.3 siap terpasang padanya. OS terbaru ini didatangkan dengan pembantu peribadi digital setanding dengan Siri dan Cortana yang dinamakan Blackberry Assistant.

Bagaimanakah reaksi pasaran terhadap telefon pintar dengan rekabentuk unik ini? Kita akan ketahuinya tidak lama lagi.

The post Blackberry Passport Dilancarkan appeared first on TechKini.com.

Nota: