BlackBerry DTEK50 Akan Dijual Di Malaysia Bermula September – Berharga RM1339

Pada bulan Julai lepas, pihak BlackBerry telah memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka, dinamakan BlackBerry DTEK50. Ia hadir dengan sistem operasi Android, selain turut memfokuskan kepada sokongan sekuriti seperti pelbagai peranti BlackBerry yang lain.

Kini, ia dilihat akan dilancarkan dan mula dijual di Malaysia bermula minggu hadapan. Beberapa penjual dilihat telah mula mempromosikannya dan mula menerima tempahan untuk peranti berkenaan.

Dari segi spesifikasi, BlackBerry DTEK50 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 617, memori sehingga 3GB RAM dan ruangan storan 16GB. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan Android 6.0 Marshmallow, dan tidak hadir dengan sebarang antaramuka tambahan – selain daripada beberapa aplikasi BlackBerry seperti BlackBerry Hub, Calendar dan sebagainya.

Di Malaysia, BlackBerry DTEK50 ini dilihat akan dijual pada harga RM1339.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: