BitTorrent Hadir Dengan Aplikasi Permesejan Bleep – Dikatakan Lebih Selamat Berbanding Yang Lain

BitTorrent sedia menawarkan beberapa perisian dan aplikasi lain yang berasaskan kepada teknologi P2P mereka, dan terkini mereka turut hadir dengan sebuah aplikasi permesejan yang dinamakan Bleep. Buat masa ini, ia masih pada peringkat percubaan alpha, dan pengguna perlu mendaftarkan minat sebelum menerima jemputan untuknya.

BitTorrent Bleep

BitTorrent menjanjikan mereka menawarkan sekuriti yang lebih baik berbanding pelbagai perkhidmatan permesejan lain, dan tidak sesekali mengakses mesej yang dihantar. Bleep dikatakan menawarkan penyulitan untuk setiap mesej, dan hanya boleh dibaca oleh penghantar dan penerima sahaja.

Pihak BitTorrent turut menekankan mereka tidak akan menyimpan sebarang metadata untuknya, dan buat masa ini aplikasi versi Windows dalam pembangunan dan sedia diuji dalam bentuk alpha.

Versi lain dijangka akan hadir sebaik sahaja versi Windows lebih stabil untuk digunakan ramai. Bleep menyokong permesejan teks, dan juga panggilan suara apabila kedua-dua pihak online menggunakan Bleep. Sokongan offline dan lain-lain dijangka akan hadir pada versi akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan alamat emel di Bleep, dan anda akan menerima emel jemputan untuk versi alpha selepas itu.

The post BitTorrent Hadir Dengan Aplikasi Permesejan Bleep – Dikatakan Lebih Selamat Berbanding Yang Lain appeared first on Amanz.

Nota: