Bersalin dalam lif

Utama

 

am@hmetro.com.my

Kuching: Wanita berusia 18 tahun melahirkan bayi lelakinya dalam lif di Hospital Umum Sarawak di sini, selepas terperangkap dalam lif berkenaan bersama dua jururawat, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.27 pagi itu, Zuriada Nasikin dari Kampung Sejaiee Masjid, Sadong Jaya itu terperangkap dalam lif di aras empat hospital berkenaan ketika menuju ke wad persalinan hospital itu.

Bagaimanapun, lif berkenaan tiba-tiba gagal berfungsi dan menyebabkan mangsa bersama dua jururawat terperangkap di dalam lif terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengurusan hospital itu.

“Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya membuka pintu lif, namun wanita terbabit sudah melahirkan bayi lelakinya seberat 1.13 kilogram ketika itu.

“Ketiga-tiga mangsa bersama bayi terbabit berjaya dikeluarkan dari lif berkenaan pada jam 4.46 pagi,” katanya.

Image: 
Norsyazwani Nasri

Kuching: Wanita berusia 18 tahun melahirkan bayi lelakinya dalam lif di Hospital Umum Sarawak di sini, selepas terperangkap dalam lif berkenaan bersama dua jururawat, pagi semalam.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: