Benarkah Trend “Selfie” Dicetuskan Oleh Seorang Lelaki Mabuk?

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Benarkah Trend “Selfie” Dicetuskan Oleh Seorang Lelaki Mabuk? | Fenomen “Selfie“ atau self-portrait sememangnya tidak asing lagi pada hari ini diseluruh dunia terutamanya golongan muda. Hampir segenap lapisan masyarakat hari ini mempunyai telefon pintar yang membolehkan gambar Selfie diambil dimana sahaja termasuk tandas awam. Menyedari hakikat ini, teknologi untuk aktiviti Selfie mula dibangunkan iaitu Monopod yang dicipta khusus untuk memuatkan telefon pintar/tablet yang kini mejadi kegilaan terbaru para penggemar Selfie kerana gajet ini membolehkan gambar Selfie diambil dari jarak jauh dan angle gambar yang lebih luas. Kerana populariti trend Selfie ini, maka tidak hairanlah apabila Oxford Dictionaries telah menamakan Selfie sebagai word of the year bagi tahun 2013! Setiap perkara, fenomena, atau trend yang terjadi pasti mempunyai sejarah tersendiri, begitu juga denga Selfie.

selfie pertama era moden Benarkah Trend Selfie Dicetuskan Oleh Seorang Lelaki Mabuk?

Gambar di atas dipercayai merupakan selfie pertama pada era moden yang telah dimuat naik dalam sebuah forum dalam website ABC pada 13 September 2002. Gambar tersebut dirakamkan oleh seorang lelaki yang mabuk dan telah terjatuh ketika parti hari lahir dan seterusnya menerima beberapa jahitan di bibir. Lelaki Australia yang hanya dikenali sebagai “Hopey” itu dipercayai orang pertama yang menggunakan terma “selfie” dan memuatnaik gambar tersebut bagi meminta nasihat mengenai jahitan di bibirnya.

Seorang editor kamus, Katherine Martin menyifatkan perkataan selfie sebagai satu perkara biasa bagi orang Australia yang gemar memendekkan perkataan mereka dengan menggunakan huruf “ie” dibelakang perkataan. Contoh lain adalah seperti “barbie” untuk barbecue, “firie” untuk firefighter, dan “postie” untuk postman.

Sejarah awal “selfie”

Sebenarnya, self-portrait atau selfie ini sememangnya tidak asing lagi bagi jurukamera pada era terdahulu dalam percubaan untuk menghasilkan karya baru. Ini kerana  lebih mudah untuk bereksperimentasi dengan menggunakan jurukamera itu sendiri sebagai model. Sehingga ke hari ni, terdapat beberapa selfie yang dianggap selfie pertama dirakamkan.

Selfie Pertama Benarkah Trend Selfie Dicetuskan Oleh Seorang Lelaki Mabuk?

Gambar di atas telah dirakamkan pada tahun 1839 oleh seorang penggemar fotografi dari Philadelphia yang bernama Robert Cornelius. Di belakang gambar tersebut, terdapat tulisannya yang berbunyi “The first light Picture ever taken. 1839

If you enjoyed this post, you should read this: Jom Melawat Kilang Menakjubkan Membuat Kereta Ferrari

Benarkah Trend “Selfie” Dicetuskan Oleh Seorang Lelaki Mabuk?
zyra roxx

Nota: