Benarkah CIA Tahu Hal Sebenar Berlaku Disebalik Kehilangan MH370?

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Benarkah CIA Tahu Hal Sebenar Berlaku Disebalik Kehilangan MH370? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Hari ini masuk hari ke-39 misteri kehilangan pesawat MH370 yang masih belum terungkap. Namun, ada desas desus mengatakan bahawa CIA Tahu Hal Sebenar Berlaku Disebalik Kehilangan MH370. Baca sehingga habis untuk ikuti berita lanjut berkenaan dakwaan ini.

WASHINGTON – Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror. – Sinar Harian

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Rating

Benarkah CIA Tahu Hal Sebenar Berlaku Disebalik Kehilangan MH370?
Dr Fuh

Nota: