Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baru, hari ini terhadap 115 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM101.64 juta bagi pembelian produk resin plastik, antara Disember 2014 dan Mei tahun lepas.
Foo Tseh Wan, 39, yang ketika itu bertugas di syarikat Toyota Tsusho (M) Sdn Bhd,…