Bekas Pemain Bola Sepak Negara Meninggal Dunia

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Bekas Pemain Bola Sepak Negara Meninggal Dunia | Mati itu pasti kepada semua yang hidup di atas dunia ini, sama seperti Bekas Pemain Bola Sepak Negara Meninggal Dunia :

Bekas Pemain Bola Sepak Negara Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia kehilangan seorang lagi lagenda berpengaruh dalam arena bola sepak negara, Wong Choong Wah yang meninggal dunia awal pagi ini akibat serangan jantung.

Suasana pilu menyelubungi sambutan Tahun Baharu Cina hari ini buat keluarga, rakan-rakan dan para peminat bola sepak tanah air dengan pemergian bekas pemain tengah tersohor negara itu pada usia 66 tahun.

Rakan sepasukannya, Datuk Soh Chin Aun berkata mendiang mengalami serangan jantung di kediamannya di Sri Petaling di sini dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

“Saya mendapat tahu Wong Choon Wah meninggal dunia daripada isteri mendiang, beliau memberitahu Wong diserang sakit jantung dan terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi tadi.

“Saya memang terkejut, sebab Wong sempat menghantar SMS kepada saya dan rakan-rakan lain iaitu mesej Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, tetapi saya hairan juga sebab SMS yang dihantar terlalu awal semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Soh berkata beliau dimaklumkan buat masa ini hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat jenazah mendiang yang kini ditempatkan sementara di tempat persemadian Kwang Tong, Sungai Besi di sini dan dijangka dikebumikan Isnin ini.

Wong merupakan antara pemain bola sepak Malaysia yang terawal berkecimpung dalam dunia bola sepak profesional apabila menyertai Kelab China Selatan pada tahun 1972 hingga 1974.

Beliau merupakan bekas pemain utama kebangsaan yang beraksi dalam perlawanan Sukan Olimpik, Munich, Jerman pada 1972.

Wong merupakan bekas tonggak utama pasukan Selangor dan turut membawa kejayaan dengan menjuarai Piala Malaysia pada era 70-an dan 80-an.

Sikap tenang dan kebolehan beliau dalam mengemudi jentera tengah pasukan kebangsaan pada era 70-an dan awal 80-an sering menjadi sebutan dan pujian para jurulatih dan peminat bola sepak tempatan mahupun luar negara. – Bernama

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014

Bekas Pemain Bola Sepak Negara Meninggal Dunia
Beki Mustaffa

Nota: