Bawa Sakinah pulang

Utama

azim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nor Halizah Ahmad, ibu kepada pelajar Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang di Paris mahu anaknya Nur Sakinah Naim, 19, pulang ke tanah air.

Beliau menyatakan hasrat demikian kerana mahu bersama-sama anaknya itu selepas Nur Sakinah pulang ke kediamannya di Perancis kelmarin.

Beliau menegaskan, anaknya bukan seorang yang bermasalah sebaliknya sentiasa ceria dan cemerlang dalam pembelajaran.

“Bagaimanapun yang penting sekarang ialah saya dan suami mahu bertemu dahulu dengan anak dan bertanyakan hal sebenar.

“Kami tidak akan paksa dia balik tapi itulah naluri saya sebagai ibu mahu dia pulang sama ada bercuti atau menyambung pelajaran di sini seperti yang diberi jaminan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Harian Metro di sini, sebelum berlepas ke Paris bersama suami Naim Awang jam 2 pagi ini.

Harian Metro sebelum ini, melaporkan penuntut tahun pertama Institute University of Technologi (IUT) di Roanne, Perancis, dalam jurusan kejuruteraan kimia itu dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah sewanya bagi membeli makanan kucing sejak 23 September lalu.

Image: 
Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Nor Halizah Ahmad, ibu kepada pelajar Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang di Paris mahu anaknya Nur Sakinah Naim, 19, pulang ke tanah air.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: