Bapa, dua anak ditemui mati

Utama

am@hmetro.com.my

Segambut: Lelaki berusia 34 ditemui mati bersama dua anaknya masing-masing lelaki berusia tujuh bulan dan perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Pangsapuri Nova 2, di Taman Sri Sinar, dekat sini, 12.15 tengah hari tadi.

Lebih menyayat hati apabila mayat kedua-dua anaknya itu ditemui disimpan di dalam bekas yang ditutup dengan plastik dan kain.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat tiga beranak itu ditemui isteri mangsa sebelum menghubungi bapa mentuanya yang kemudiannya membuat laporan polis.

Katanya, polis percaya lelaki berusia 34 tahun itu sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu dan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya.

“Mayat dua anaknya masih dalam proses bedah siasat. Mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Polis turut menahan isteri mangsa berusia 35 tahun untuk membantu siasatan lanjut. Maklumat awal, pasangan ini difahamkan sudah berpisah dan isteri mangsa tidak tinggal di rumah ini ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, setakat ini polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Image: 
Fardy Bungga

Segambut: Lelaki berusia 34 ditemui mati bersama dua anaknya masing-masing lelaki berusia tujuh bulan dan perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Pangsapuri Nova 2, di Taman Sri Sinar, dekat sini, 12.15 tengah hari tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: