Bapa, anak satu liang lahad

Utama

azimfitri@mediaprima.com.my

Kuantan: Jenazah dua beranak yang terkorban selepas dilanggar kereta lumba kart di Kompleks Sukan Sukpa, Jalan Sukpa, di sini, hari ini, selamat dikebumikan malam tadi.

Jenazah Izwan Isa, 39, dan anak perempuannya Nur Zulaikha Izwan, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi di sini, kira-kira 11 malam.

Terdahulu dua jenazah selesai menjalani bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum dimandi dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob turut meluangkan masa bertemu ahli keluarga mangsa di masjid sebelum menyertai 600 jemaah menyembahyangkan jenazah.

Izwan Isa bersama isteri dan dua anaknya meluangkan masa cuti hujung minggu menyaksikan perlumbaan kereta kart EIMARACE sebelum mereka sekeluarga dirempuh sebuah kereta yang bergesel dalam perlumbaan itu.

Image: 
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuantan: Jenazah dua beranak yang terkorban selepas dilanggar kereta lumba kart di Kompleks Sukan Sukpa, Jalan Sukpa, di sini, hari ini, selamat dikebumikan malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: