Banjir kilat selepas hujan 9 jam

Mutakhir

 

Mohd Hilmi Mahmud

am@hmetro.com.my

Gambar Shahnaz Fazlie Shahrizal.

Georgetown: Hujan selama sembilan jam yang bermula sejak jam 1 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Georgetown dan Bayan Lepas dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuklah Jalan P. Ramlee, Jalan Rawang, Kampung Lama dan Bayan Baru.

Selain itu, tiga pokok tumbang di di Jalan Perak, Sungai Pinang dan Taman Lip Sin akibat angin kencang kira-kira jam 7 pagi tadi.

Kerja-kerja pemebrsihan sedang dilakukan oleh pihak Bomba dan Penyelamat.

Sehingga kini, tiada mangsa yang dipindahkan dan keadaan trafik di jalan yang terjejas terkawal dan lancar.

Image: 

Mohd Hilmi Mahmud

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: