Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam | Seperti mana yang kita tahu, kisah Firaun memang jelas dan nyata ada disebutkan dalam al-Quran. Bagaimana tamatnya riwayat hidupnya yang ditenggelamkan ke dasar laut.

Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu lagi penemuan yang melibatkan Firaun iaitu penemuan sebuah bandar di dalam air ditemui selepas 1500 tahun.

4 Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam

Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah, Fir’aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan kerana mendustakan ayat-ayat Tuhannya . Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun.

Berdasarkan Firman Allah…

“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).

Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.

Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini.

Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.

2 Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam 3 Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam

Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.

Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

5 Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam 6 Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Event

Bandar Firaun Dijumpai Selepas 1500 Tahun Tenggelam
Beki Mustaffa

Nota: