Bahaya ‘Paraben’ Dalam Produk Kosmetik

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Bahaya ‘Paraben’ Dalam Produk Kosmetik | Boleh dikatakan semua wanita di dunia ini ingin tampil cantik menawan. Hingga ada kalanya sanggup mengabaikan kesihatan tubuh badan demi mendapatkan kecantikkan luaran yang sementara. Kita sepatutnya perlu tahu dan peka mengenai setiap kandungan produk penjagaan diri seharian kerana ia mungkin memberi kesan untuk jangka masa panjang terhadap kesihatan.

Paraben adalah salah satu bahan yang sering didapati dalam produk kecantikkan. Nama lain yang mungkin ditulis adalah methylparaben dan propylparaben. Pendek kata bahan yang mengandungi perkataan ‘paraben’ itu adalah Paraben. -_- Produk yang bebas dari Paraben ini lazimnya sukar didapati di pasaran Malaysia. Produk tanpa Paraben  ini sering bertulis ‘Paraben-free’  di hadapan produk.

cream Bahaya Paraben Dalam Produk Kosmetik

Apa itu ParabenParaben adalah sejenis bahan pengawet sintetik yang diguanakan dalam industri makanan, farmasi, produk kosmetik dan penjagaan diri seperti deodoran, pelembab dan syampu. Paraben yang biasa digunakan adalah methylparaben, ethylparaben, propylparaben dan butylparabenParaben membantu produk penjagaan kulit untuk bertahan selama berbulan atau mungkin bertahun-tahun (sebab itu ia boleh didapati dalam hampir semua produk). Tetapi, ia juga dapat memasuki ke dalam tubuh kita melalui kulit apabila kita menggunakan produk ini.

Menurut kajian, tubuh dapat menyerap sebanyak lebih kurang 2kg bahan kimia dari kosmetik setiap tahun! Whoah! Paraben dapat ‘meniru’ hormon dalam badan dan menganggu fungsi sistem endokrin badan. Berikut merupakan risiko kesihatan yang mungkin kita hadapi jika berterusan mengambil bahan Paraben ini:

Barah Payudara

breast cancer awareness Bahaya Paraben Dalam Produk Kosmetik

Paraben dapat meniru estrogen dan menggangu sistem hormon tubuh badan. Universiti Cornell melaporkan bahawa pendedahan terhadap estrogen dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan risiko diserang barah payudara. Estrogen merupakan bahan kimia sintetik yang berfungsi seperti estrogen, memainkan peranan dalam menggalakkan pertumbuhan sel payudara dan memberi kesan kepada hormon lain yang menggalakkan pertumbuhan sel payudara. Badan kita tidak dapat memusnahkan estrogen sintetik dengan mudah, dan ia dapat berkumpul di dalam sel lemak, termasuklah tisu payudara. Pada tahun 2004, penyelidikan yang dijalankan oleh sebuah Universiti dari United Kingdom telah menjumpai methylparaben dalam tumor payudara manusia.

Matang Sebelum Usia

akil Bahaya Paraben Dalam Produk Kosmetik

Kebolehan Paraben untuk meniru hormon lain menjadikan ia gangguan kepada endokrin yang sering menggangu sistem endokrin badan. Sistem endokrin merembeskan hormon ke dalam aliran darah dan terlibat dalam fungsi tertentu dalam penghadaman dan metabolisma badan. Gangguan endokrin ini boleh membuatkan budak lelaki dan perempuan matang atau akil-baligh sebelum usia yang sepatutnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The New York Times. Pengkaji endokrin telah membuat pemerhatian dan mendapati gadis seawal 8 tahun telah menunjukkan pertumbuhan payudara dan bulu ari-ari. Gangguan endokrin juga dapat menyumbang kepada pembesaran testis dan perkembangan payudara terhadap budak lelaki.

Mengurangkan Kadar Pengeluaran Sperma

sperma Bahaya Paraben Dalam Produk Kosmetik

Paraben juga memberi kesan terhadap sistem reproduktiviti lelaki. Dalam satu kajian, para pengkaji telah menyuntik paraben kepada beberapa ekor tikus yang berusia 3 minggu. Selepas 4 minggu, pengkaji telah meneliti tikus tersebut dan mendapati pengeluaran spermanya telah menurun yang berkait rapat dengan jumlah paraben yang diterima. Tikus yang menerima dos paraben yang banyak yang konsisten dengan pengambilan paraben harian di Eropah dan Jepun, menunjukkan penurunan kadar sperma yang ketara. (Ok, itu tikus, manusia? Wallahualam..)

Jom kita pakat ramai-ramai tempek bedak sejuk je ke muka, hehe icon wink Bahaya Paraben Dalam Produk Kosmetik

If you enjoyed this post, you should read this: Nama Anak Berinspirasikan WikiLeaks?

Bahaya ‘Paraben’ Dalam Produk Kosmetik
zyra roxx

Nota: