dherba

Bagaimana mendepani dan mengatasi masalah hidup

Orang yang kekal kuat dan berjaya ialah mereka yang tahu bagaimana mendepani dan mengatasi masalah hidup.

Jika ketika ini anda berasa longlai, lemah semangat, putus asa, kecewa, buntu dan hilang idea di tengah pelbagai kemelut hidup. mari kita renungkan sejenak bait puisi pujangga Islam terkemuka, Dr Muhammad Iqbal.

kuat, masalah, dr iqbal
Imej dari Tiernantunes.com

 

Beza Jiwa Hamba dan Jiwa Merdeka

Akan kukisahkan kepadamu satu persatu
yang indah bak mutiara agar dapat kau bezakan
antara jiwa hamba dan jiwa merdeka
jiwa hamba tabiatnya suka mengulang-ulang
pengalamannya tidak mempunyai keaslian
orang yang berjiwa bebas seringkali sibuk mencipta
tali biolanya hidup dengan dendangan baru.

Pada jiwa hamba, masa adalah seperti rantai
bibirnya selalu saja mengenangkan nasib
keberanian jiwa bebas menentukan nasib
tangannyalah mencorakkan takdir!

Oleh Dr Muhammad Iqbal (1873-1938)

 

Ingatlah, sebenarnya kita adalah ‘lebih besar’ berbanding masalah yang dihadapi. Kuatlah. Jangan mengaku kalah dalam mengatasi masalah hidup.

Teruskan kelangsungan hidup. Kreatif, gembira dan sentiasa perkasa. – inimajalah.com

Baca juga:  Kisah Wanita Yang Telah 8 Kali Melawan Barah