Bagaimana Menambah Pasukan Liga Malaysia Di Permainan FIFA14?

FIFA 14 adalah satu permainan simulasi bola sepak yang ditawarkan oleh pihak Electronic Arts. Ianya dilancarkan pada September 2013 yang lepas dan menyokong pelbagai versi platfom seperti PlayStation, Xbox 360, iOS, Android, & Windows. Permainan FIFA14 ini dilengkapi dengan lebih daripada 33 liga tetapi malangnya Liga Malaysia seperti Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia tidak disertakan ke dalam permainan ini.

Oleh sebab itu, sekumpulan modder (FIFA Editing Master-Malaysia) bersatu melakukan modifikasi bagi membawakan liga bola sepak Malaysia ke permainan FIFA14 ini. Buat masa ini ianya masih dalam peringkat beta dan memerlukan pengubahsuaian dan beberapa penambahan selajutnya. Seperti yang diberitahu, untuk versi ini hanya Piala FA dan Liga Super sahaja boleh dimainkan pada mod kejohanan (Tournament Mode) manakala Piala Malaysia untuk mod kerjaya (Career Mod).

Patch/Mod ini hanya boleh digunakan untuk permainan FIFA14 untuk versi Desktop (Windows) sahaja buat masa ini.

Langkah Pemasangan Liga Malaysia pada FIFA14

Pertama sekali anda perlu memuat-turun kedua-dua fail modifikasi dan pemasangan melalui pautan berikut:

Muat-Turun Fail Modifikasi

Seterusnya, unzipkan kedua-dua fail tersebut dan pindahkan ia ke dalam direktori FIFA 14 yang telah dipasangkan di dalam komputer anda.

Sebaik sahaja selesai memindahkah kedua-dua fail yang dimuat-turun sebelum ini, anda perlu mengaktifkannya menggunakan fail ModdingWayInstaller.exe. Klik pada butang Install dan tunggu proses pemasangan modifikasi selesai dipasang.

AKhir sekali, jalankan permainan FIFA14 seperti biasa apabila pemasangan selesai dan periksa sama ada modifikasi tersebut berjaya dipasang. Mudah bukan?

Artikel disumbangkan oleh Arif Ishak untuk pembaca Amanz. Ikuti beliau di Twitter atau baca hasil nukilan beliau di Piratz.MY.

Nota: