dherba

Bagaimana membuat persediaan untuk bekerja dari rumah

Bekerja dari rumah (working from home) ialah merujuk kepada kaedah baru berkerjaya, iaitu bekerja di rumah menggunakan pelbagai peralatan moden dan media baru, terutama internet.

Kini semakin ramai berkerjaya sepenuh masa menggunakan kaedah ini. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, kerjaya seperti ini bukan sesuatu yang asing lagi.

Di Malaysia, kerja dari rumah sudah membabitkan pelbagai sektor pekerjaan, termasuk berasaskan produk dan perkhidmatan.

bekerja dari rumah
Imej Factoidz.com.

Seperti juga kerjaya menggunakan kaedah tradisonal, bekerja dari rumah memerlukan persediaan rapi. Ia menentukan anda sukses atau tidak. Satu daripada persediaan asas ialah dari sudut mental dan penetapan matlamat.

Sehubungan itu, jootawan.com mengingatkan mereka yang memutuskan untuk  bekerja dari rumah agar membuat persediaan dengan menetapkan matlamat khusus yang mahu dicapai daripada kerjaya dari rumah.

Jootawan.com adalah web mengenai perniagaan dan keusahawanan serta motivasi.

Web berkenaan menyarankan individu yang mahu memasuki bidang pekerjaan menggunakan kaedah ini agar terlebih dahulu “berimagnasi dalam minda” mengenai kejayaan yang bakal diperolehi.

“Berdasarkan imaginasi anda, tulis secara teliti kejayaan yang anda bayangkan itu di atas kertas. Sekarang, anda akan lebih berusaha untuk merealisasikan impian anda,” catat web berkenaan.

Menurutnya, matlamat patut disusun mengikut urutan bermula yang mudah kepada yang susah dicapai.

Semua matlamat berkenaan pula mesti jelas dan jitu. Ini kerana, kebanyakan individu yang gagal ialah kerana matlamatnya tidak jelas dan tidak tahu apa yang mahu dicapai.

“Akhirnya, mereka hanya berlegar dalam angan–angan mereka sendiri,” catat web terbabit.

Matlamat juga perlu mempunyai tempoh masa tertentu untuk dicapai sama ada hari, minggu, bulan dan tahun.

Selain itu, perkara paling penting ialah bertindak merealiasikan matlamat. Tanpa tindakan, seperti dicatatkan jootawan.com, “matlamat akan kekal sebagai angan-angan sahaja”.

Dan, semua inilah yang membezakan di antara mereka yang berjaya dan gagal. Perkara sama perlu dibuat jika anda memutuskan untuk memulakan kerjaya dari rumah.  – inimajalah.com

Baca juga:  Bagaimana menjadi jutawan pada usia muda cara Cameron Johnson