Bacaan Terkini IPU Seluruh Malaysia 22 Julai 2013

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Bacaan Terkini IPU Seluruh Malaysia 22 Julai 2013 | Seperti yang dijangka, Jerebu akan kembali semula kini telah menjadi nyata apabila Jabatan Alam Sekitar telah mengenalpasti beberapa titik panas dan bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU terkini seluruh malaysia mencatatkan perubahan.

Negara ini berkemungkinan dilanda jerebu pusingan kedua jika pembakaran terus berlaku di Sumatera, Indonesia, yang diburukkan lagi dengan cuaca kering berterusan dan musim Monsun Barat Daya.

Semalam, Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura meramalkan, republik itu mungkin mengalami jerebu beberapa hari lagi dengan peningkatan titik panas mencecah 159 lokasi di Sumatera, sekali gus menggambarkan pembakaran hutan tercetus semula.

IPU tidak sihat meningkat

Sehingga 7 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat direkodkan di Bukit Rambai, Bandaraya Melaka, dan Banting masing-masing 107, 117 dan 105.

Bacaan Terkini IPU Seluruh Malaysia 22 Julai 2013

Paparan IPU dari 06:00AM hingga 11:00AM pada 22-07-2013

Hourly API from 06:00AM to 11:00AM on 22-07-2013


NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
06:00AM
MASA/TIME
07:00AM
MASA/TIME
08:00AM
MASA/TIME
09:00AM
MASA/TIME
10:00AM
MASA/TIME
11:00AM
JohorKota Tinggi47*47*####
JohorLarkin Lama51*51*####
JohorMuar81*82*####
JohorPasir Gudang54*54*####
KedahAlor Setar56*56*####
KedahBakar Arang, Sg. Petani64*63*####
KedahLangkawi54*54*####
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu65*65*####
KelantanTanah Merah68*68*####
MelakaBandaraya Melaka104*107*####
MelakaBukit Rambai117*117*####
Negeri SembilanNilai80*80*####
Negeri SembilanPort Dickson88*88*####
Negeri SembilanSeremban75*74*####
PahangBalok Baru, Kuantan66*66*####
PahangIndera Mahkota, Kuantan58*58*####
PahangJerantut44*45*####
PerakJalan Tasek, Ipoh58*59*####
PerakKg. Air Putih, Taiping54*54*####
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh67*68*####
PerakSeri Manjung67*67*####
PerakTanjung Malim51*51*####
PerlisKangar67*66*####
Pulau PinangPerai58*58*####
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai65*65*####
Pulau PinangUSM59*59*####
SabahKeningau36*36*####
SabahKota Kinabalu45*46*####
SabahSandakan41*42*####
SabahTawau33*33*####
SarawakBintulu47*49*####
SarawakILP Miri34*35*####
SarawakKapit52*52*####
SarawakKuching#46*####
SarawakLimbang39*40*####
SarawakMiri43*44*####
SarawakSamarahan39*39*####
SarawakSarikei45*45*####
SarawakSibu36*36*####
SarawakSri Aman36*36*####
SelangorBanting104*105*####
SelangorKuala Selangor59*59*####
SelangorPelabuhan Kelang81*80*####
SelangorPetaling Jaya58*58*####
SelangorShah Alam66*66*####
TerengganuKemaman63*62*####
TerengganuKuala Terengganu67*67*####
TerengganuPaka49*49*####
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur58*58*####
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur62*62*####
Wilayah PersekutuanLabuan47*48*####
Wilayah PersekutuanPutrajaya68*68*####

petunjuk bacaan index pencemaran udara terkini 27 jun 2013 Bacaan Terkini IPU Seluruh Malaysia 22 Julai 2013

Tempoh Kemaskini / Updating Duration

IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote). Proses cerapan memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan. Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu pada jam 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMS

Nota / Note
* = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3)
a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO)
b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar

Pengiraan IPU

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)

Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.

If you enjoyed this post, you should read this: Tips Cara Meneran Dengan Betul Semasa Bersalin

Bacaan Terkini IPU Seluruh Malaysia 22 Julai 2013
Dr Fuh

Nota: