Azmin Ali Sah Menjadi Menteri Besar Selangor Baru 2014

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Azmin Ali Sah Menjadi Menteri Besar Selangor Baru 2014 | Akhirnya terjawab juga siapa yang bakal menjadi MB Selangor baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah beberapa bulan menjadi spekulasi dan isu hangat politik di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana lebih kurang pukul 5 petang tadi.

Bukti Azmin Ali Sah Menjadi Menteri Besar Selangor Baru Dari Istana Selangor

surat perlantikan azmin ali Azmin Ali Sah Menjadi Menteri Besar Selangor Baru 2014

“Sukacita dimaklumkan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan melantik Y.B Tuan untuk menjawat jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor berkuatkuasa mulai 23 September 2014.” kata surat tersebut.

Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.

Azmin sebelum ini menafikan beliau akan dilantik untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menganggap berita yang tersebar sebagai khabar angin.

Gambar raptai upacara mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu sudah tersebar di laman sosial, namun tidak kelihatan gambar ADUN yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor di dalam gambar tersebar itu.

Selain Azmin, dua Adun PAS, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi turut dikatakan tersenarai sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun Iskandar menafikan beliau dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR sebelum ini hanya menamakan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon menteri besar yang baharu.

Namun pihak istana Selangor meminta agar semua parti dalam Pakatan Rakyat memberikan lebih dua nama untuk diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setelah tarikh akhir menghantar nama calon menteri besar, hanya PAS menyerahkan tiga calon manakala PKR dan DAP tetap dengan pendirian menamakan Wan Azizah. – Astro Awani

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Azmin Ali Sah Menjadi Menteri Besar Selangor Baru 2014
Dr Fuh

Nota: