Avast : Memformat Telefon Android Tidak Memadam Keseluruhan Data Peribadi Pengguna

Dengan pelbagai telefon pintar yang hadir ke pasaran hari ini, ia telah menjadi salah satu kebiasaan untuk pengguna memformat peranti mereka, dan menjualnya kepada pembeli yang lain. Apa pun, agak mengejutkan apabila pihak Avast mendapati memformat peranti tidak membuang kesemua data pengguna.

Melalui ujian pihak Avast, mereka telah membeli beberapa telefon pintar Android terpakai, dan seterusnya menggunakan beberapa perisian telah cuba mendapatkan kembali data pada peranti tersebut. Melaluinya, mereka telah mendapat akses kepada gambar, carian Google, emel, SMS, senarai buku alamat, dan pelbagai perkara lain.

Menurut pihak Avast, memformat atau Factory Reset sahaja tidak memadai untuk memadam ke semua data di telefon pintar, sebaliknya pengguna perlu melakukan overwrite ke atas semua fail.

Seperti biasa, Avast dalam mempromosikan produk mereka, mengatakan aplikasi Avast menawarkan fungsi Through Wipe yang boleh memadam kesemua data dan overwrite balik storan pada peranti anda.

Nota: