Autodesk Mengambil-Alih Creative Market

Creative Market merupakan salah satu laman jual-beli yang membolehkan para perekabentuk menawarkan hasil rekaan dan hasil kreatif mereka kepada umum. Hari ini, pihak Creative Market mengumumkan pengambil-alihan perkhidmatan mereka oleh Autodesk.

Creative Market

Autodesk sedia terkenal dikalangan ramai sebagai penyedia perisian untuk digunakan dalam kejuruteraan, rekabentuk dan pelbagai industri yang lain.

Tiada maklumat kewangan berkenaan pengambil-alihan ini yang diumumkan kedua-dua pihak buat masa ini.

Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus akan membolehkan Creative Market memfokuskan lebih banyak berkaitan industri rekabentuk – sekaligus memudahkan perekabentuk dan pengguna mendapatkan fail berkaitan dengannya pada harga berpatutan.

Nota: