Umpama Menggenggam Bara Api

Oleh

Dr. Mohd Sukki Othman

 Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 

Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi)

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mendatangkan kiasan terhadap suatu zaman yang sangat mencabar sehinggakan orang yang komited dalam melaksanakan ajaran agama terpaksa menghadapi kesusahan dan cabaran yang sangat hebat. Mereka diumpamakan sebagai orang yang terpaksa menggenggam bara api. Sekiranya seseorang itu tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara agamanya, sudah tentu ia mudah terlucut dan terlepas dari genggamannya.

Hal ini adalah disebabkan suasana persekitaran tidak membantu ke arah menunaikan kewajipan agama, sebaliknya keadaan persekitaran lebih mendorong untuk melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan aqidah dan keimanan kepada Allah. Selain itu, ia juga bermaksud bahawa orang Islam berasa tersepit dalam melakukan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat sokongan dan dorongan.

 Persekitaran Pencemaran Aqidah

Realiti  yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini, ialah pencemaran akidah dan ajaran sesat yang semakin menjadi-jadi. Namun yang amat menghairankan ialah bagaimana terdapat umat Islam yang begitu mudah terpengaruh dengan ajaran sesat? Pencemaran aqidah suci umat Islam bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Malah, pencemaran dan resapan ajaran sesat ke dalam sistem kepercayaan umat Islam di nusantara ini, semakin menjadi-jadi dari semasa ke semasa.  

Pencemaran aqidah berlaku melalui  ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah.  

Pencemaran aqidah ini berlaku dipercayai berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat dan kepercayaan lama yang mengandungi unsur-unsur animisme dan dinamisme serta dicampur aduk dengan doktrin-doktrin lain seperti Kristianiti, Hinduisme, Budhisme, Neo Platonisme dan lain-lain lagi yang meresap dalam ajaran Islam.   Pengakuan menjadi Nabi, Rasul dan Imam Mahdi merupakan antara tindakan favourite dilakukan oleh mereka yang terjebak dalam pencemaran aqidah.    

            Biasanya orang yang mudah terpengaruh dengan pencemaran aqidah ini ialah golongan yang rapuh ilmunya. Mereka lebih selesa menjadi ‘pak turut’ daripada berusaha mencari ilmu sebenar yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Natijahnya, mereka akan mudah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan songsang itu. Apatah lagi, masyarakat kita biasanya akan mudah terpengaruh sekiranya ‘guru’ tersebut boleh melakukan perkara-perkara luar biasa yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Lalu, mereka akan menganggap guru tersebut mendapat ‘karamah’, dan seterusnya menjadi wakil Tuhan di bumi dan sebagainya lagi dakwaan-dakwaan yang tidak berasas. Dalam hal ini, Imam Syafie telah menyatakan bahawa ‘sekiranya engkau melihat ahli bid’ah dapat terbang di atas udara sekalipun, maka janganlah engkau tertipu dengannya’.
.

Persekitaran Pencemaran Akhlak

 Hari ini, fenomena pencemaran akhlak dan maksiat begitu berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja dan belia. Kebanyakan pencemaran akhlak berlaku dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Bahkan, sesuatu yang semakin dapat diterima apabila seorang wanita yang bertudung kepala berpelukan bersama ‘boyfriend’nya di taman-taman bunga, atau di atas motor yang dipecut laju, atau di tempat-tempat hiburan seperti di konsert-konsert yang melalaikan.

Hal ini sudah menjadi   fenomena biasa yang boleh dilihat di mana-mana terutamanya di kota-kota metropolitan. Manakala lelaki Islam pula kelihatan begitu bangga apabila telinganya dihiasi dengan anting-anting yang berjuntaian, atau leher yang dililiti dengan rantai yang bergemerlapan, dan seluar yang sengaja dikoyakkan di lutut, kononnya mengikuti peredaran zaman. Itulah antara fenomena ‘canggih’ yang wujud dalam masyarakat moden yang ‘tidak ketinggalan zaman’ pada hari ini.

Remaja yang bertudung kepala yang hanya menurut fesyen  yang bukan berasaskan tuntutan syara’ berpeleseran dengan orang yang bukan mahram yang akhirnya memburukkan imej Islam itu sendiri di mata masyarakat!. Maksiat dilakukan secara terang-terang tanpa langsung ada sifat malu. Begitu juga pemuda-pemuda yang waktu malamnya dihiasi dengan hiburan semata seolahnya hidup ini tiada tujuan dan matlamat. Ada pula yang mengucapkan ‘alhamdulillah’ ketika menerima sesuatu kejayaan dalam program-program maksiat seolah tiada nilai perkataan tersebut!.

Golongan yang tidak mahu terlibat dengan persekitaran maksiat seumpama ini dianggap sebagai kolot dan tidak moden. Akhirnya mereka itu disisihkan. Orang yang berpegang pada ajaran agama dan tidak mahu terlibat dalam persekitaran maksiat tersebut    terpaksa mempunyai kesabaran yang kuat dalam menghadapi godaan maksiat yang begitu meruntun jiwa remaja.
.
Sedar ataupun tidak, perlakuan remaja lelaki dan wanita masa kini yang songsang itu sebenarnya telah menunjukkan betapa berjayanya musuh-musuh Islam untuk menghancurkan akhlak umat islam melalui racun ‘serangan pemikiran’ yang sekian lama telah dirancang. Allah SWT telah memperingatkan tentang perkara ini dalam Surah al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud: “Dan mereka (musuh Islam) terus memerangi kamu sehinggalah mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, sekiranya mereka mampu“. Musuh-musuh Islam tidak pernah jemu melaksanakan tugas mereka. Serangan pemikiran yang dilancarkan kepada umat Islam meliputi hampir keseluruhan bidang kehidupan manusia sehingga umat Islam sudah tidak dapat membezakan di antara hak dan batil.
.
Mantapkan Aqidah

Aqidah yang mantap merupakan penyelamat kepada seseorang dalam mempertahankan agamanya. Generasi kini sewajarnya dididik untuk kembali kepada pegangan aqidah yang mantap demi mengembalikan generasi para sahabat yang telah ditarbiah dengan kekuatan aqidah yang menatijahkan kegemilangan Islam terpancar ke seluruh dunia. Tidak cukup bagi seseorang muslim untuk melaksanakan ibadah kepada Allah tetapi dalam masa yang sama masih tidak mengenali Allah! Sehubungan dengan itu, didapati dalam masyarakat Islam kini mereka yang tidak sensitif apabila Islam dihina, dan gejala murtad semakin berleluasa. Mengapakah semua ini terjadi? Tidak lain dan tidak bukan ia adalah berpunca daripada kerapuhan aqidah yang melanda umat pada zaman kini!.

            Aqidah merupakan ilmu yang amat penting untuk dipelajari kerana ia berkaitan dengan makrifah kepada Allah, RasulNya dan agamaNya.  Aqidah, tauhid dan iman   akan merealisasikan kebahagiaan dan kejayaan umat Islam di dunia dan di akhirat. Orang yang mantap aqidahnya tidak akan goyah walau badai dan taufan yang datang melanda. Mereka akan tetap mempertahankan agamanya walau dalam keadaan yang sukar dan susah seumpama menggenggam bara api yang panas.
             
Kitab Tafsir Dalam Bahasa Melayu

Kitab Tafsir Nur al-Ihsan
Karya Tuan Haji Muhamad Sa’id Omar (Malaysia-Kedah)
Di Kedah , seorang tokoh tafsir yang dapat dikesan pada peringkat awal ialah Tuan Haji Muhamad Sa’id bin Omar yang lahir pada tahun 1854 di Jerlun, Kedah. Beliau pernah belajar di pondok Patani dan Makkah serta lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Jitra dan turut terkenal dengan gelaran Haji Sa’id Mufti. Beliau yang terkenal dengan panggilan ulama, penulis dan guru tafsir al-Qur’an mempunyai sebuah kitab tafsir lengkap dengan keseluruhan 30 juzuk yang diberi judul Tafsir Nur al-Ihsan
Kitab ini dicetak buat pertama kalinya di Makkah dan kemudian dengan keizinan kerajaan Negeri Kedah, kitab ini dicetak semula di Pulau Pinang. Tuan Haji Muhamad Sa’id meninggal dunia ketika berusia 75 tahun pada tanggal 9 Mac 1932. Gaya penulisan beliau dalam kitab ini mirip kepada penulisan kitab Tafsir al-Jalalayn, iaitu menulis ayat al-Qur’an dalam kurungan dan kemudiannya makna ayat itu diterjemahkan ke bahasa Melayu. Setelah itu, ayat berkenaan diberi penghuraian secara ringkas. Antara sumber rujukan kitab tafsir ini ialah Tafsir al-Jalalayn, Tafsir al-Baydawi dan Tafsir Jamal.
Kitab ini juga telah ditulis dalam bahasa Melayu jawi bahkan sebelum itu dimukadimmahnya ditulis terlebih dahulu oleh pengarangnya dalam bahasa Arab yang bermaksud:
“Sesetengah saudara (sahabat) telah meminta saya menulis untuk mereka tafsir al-Quran dengan bahsaa Kedah (Bahasa Melayu dailek Kedah) supaya mereka dapat memahami perintah dan larangannya dengan mudah dan tidak teragak-agak untuk taat dan beriman, lantas aku menyahutnya, walaupun aku bukan ahlinya, semata-mata untuk mencari (menuntut) keredaan al-Rahman, dan untuk melapangkan hati sahabat handai” ( Haji Muhammad Said, 1:2)
Kitab Tafsir al-Qur’an ‘Abr Athir
Karya Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad (Singapura)
Di Singapura pula telah muncul seorang ulama yang cuba melahirkan satu tafsir Melayu yang mampu memberi saham kepada masyarakat minoriti Islam Singapura ke arah memahami al-Qur’an dan tafsirannya, iaitu Ahmad Sonhadji Mohamad. Pada peringkat awal, kitab tafsirnya itu ialah siri kuliah tafsir yang disampaikan di Radio Singapura pada setiap minggu malam Jumaat bermula dari tahun 1959. Akan tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, siaran kuliah tafsir di radio itu tidak dapat dilanjutkan dan surah terakhir yang disampaikan di radio ialah tafsir surah al-Hujurat. Kemudian, pada tahun 1983, beliau menyambung semula penulisan tafsir tersebut dan selesai penulisannya itu pada bulan April 1984. Setiap kuliah tersebut telah berjaya dikumpulkan dan seterusnya dicetak menjadi satu kitab tafsir yang lengkap sebanyak 30 jilid dengan setiap juzuk dimuatkan dalam satu jilid. Kitab tafsir ini telah dinamakan dengan judul Tafsir al-Qur’an ‘Abr Athir (Tafsir al-Qur’an di Radio).

Mencari Bilakah Lailatul Qadr Berlaku?

Ulamak berselisih pendapat tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulamak berhubung bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Ada yang menyatakan ianya berlaku setiap 7 tahun sekali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin al-Hanifah, ada yang menyatakan ianya berlaku pada setiap bulan, ada yang menyatakan ianya berlaku pada awal Ramadhan, sebahagian lagi mengatakan ianya berlaku pada setengah bulan Ramadhan yang kedua, ada mengatakan ianya berlaku pada malam ke-17 Ramadhan dan jumhur mengatakan ianya berlaku pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Imam Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan malam ke 23.

Formula Ulamak Tafsir Yang Semasa,

Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara dalam Surah al-Qadr iaitu:

                      i          Allah mengulang-ulangkan perkataan   لَيْلَةُ القَدْرِ (    ) pada 3 tempat dan perkataan (  لَيْلَةُ القَدْرِ  ) terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 = 27.

                    ii       Surah al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan  هِيَ pada ayat yang terakhir surah ini berada di kedudukan yang ke 27.

Formula Imam Ghazali,

Malam Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh.

Bil
1 Ramadhan
Lailatul Qadr
1
Isnin
Mlm 21 Ramadhan
2
Sabtu
Mlm 23 Ramadhan
3
Khamis
Mlm 25 Ramadhan
4
Selasa/Jumaat
Mlm 27 Ramadhan
5
Ahad/Rabu
Mlm 29 Ramadhan

Justeru, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadr secara yakin adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir. Sabda Nabi S.A.W,

فَالتَـمِسُوهَا فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ

 Yang bermaksud, Maka kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu pada malam yang ganjil.

Lebih Baik Dari Seribu Bulan

Dalam merungkaikan maksud ‘lebih baik daripada seribu bulan’, al-Tabariy telah menukilkan beberapa tafsir ulama terhadapnya. Beliau memilih tafsiran yang mengatakan bahawa amalan pada malam Lailatul Qadr adalah lebih baik berbanding amalan selama seribu bulan yang tidak terdapat padanya Lailatul Qadr. Beliau menukilkan daripada Mujahid katanya, “Dahulu di kalangan Bani Isra’il terdapat seorang lelaki melakukan ibadat malam hari sehingga menjelang pagi, kemudian dia berperang melawan musuh Allah sehingga menjelang malam. Lelaki tersebut melakukan perkara tersebut selama seribu bulan. Kemudian Allah pun menurunkan ayat al-Quran (ليلة القدر خير من ألف شهر).

Ibnu Kathir dan al-Suyutiy menukilkan daripada Abu Hatim yang menukilkan daripada `Urwah katanya, diceritakan kepada Rasulullah berkenaan empat lelaki dari kaum Bani Isra’il. Mereka beribadat kepada Allah selama lapan puluh tahun tanpa melanggar perintah-Nya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hazqil ibn al-`Ajuz dan Yusha` ibn Nun. `Urwah berkata, lalu para sahabat Rasulullah pun merasa kagum dengan ketekunan mereka. Lalu Jibril pun datang dan berkata, wahai Muhammad, umatmu kagum dengan lelaki-lelaki tersebut yang beribadat kepada Allah selama lapan puluh tahun tanpa pernah melanggar perintah Allah walau sekelip mata. Sesungguhnya Allah SWT menurunkan kepada kamu perkara yang lebih baik daripada itu. Jibril pun membacaإِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ . Perkara ini lebih utama dikagumi olehmu dan umatmu. `Urwah berkata, perkara tersebut telah mengembirakan Rasulullah SAW dan para sahabat yang bersamanya.

Itulah kemuliaan Lailatul Qadr. Sesiapa yang berjaya menghidupkannya dia diberi ganjaran seumpama ahli ibadat dan mujahid yang beribadat dan berjihad hampir lapan puluh tiga tahun empat bulan. Satu ganjaran yang hampir mustahil diperoleh oleh kita pada zaman ini. Kemuliaan yang sebegitu sesuailah dirakamkan satu surah daripada 114 surah yang terdapat di dalam al-Quran.

Selain itu, kelebihan Ramadan dan juga Lailatul Qadr juga dapat dilihat pada keampunan yang ditawarkan oleh Allah SWT khusus kepada hamba-hamba-Nya yang berjaya menghidupkan kedua-duanya. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Nabi SAW sabda baginda, “Barangsiapa yang mendirikan Lailatul Qadr dengan  penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, barangsiapa yang yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari)

Umpama Seribu Bulan

Oleh

Dr. Mohd Sukki Othman
Firman Allah SWT dalam surah al-Qadr ayat 1-5 bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?  Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar”
Ramadhan Menghasilkan Taqwa
Ramadhan datang  dengan membawa jutaan rahmat dan keberkatan yang dikurniakan Allah. Sesungguhnya amat beruntung sesiapa yang  berkesempatan berada dalam bulan Ramadhan dan yang dapat memanfaatkan masa, tenaga dan jiwanya untuk mencapai keredhaan Ilahi. Betapa mulianya bulan Ramadhan ini, dapat kita fahami daripada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud: “Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan dibelenggu“.
Puasa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T bukanlah sekadar memerintahkan umat Islam meninggalkan makan dan minum di siang hari semata-mata, tetapi tujuan difardhukan puasa itu mempunyai matlamat yang jelas untuk melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 telah menjelaskan tujuan disyariatkan ibadat puasa. Ayat tersebut bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu agar kamu bertakwa”.
Untuk mendapatkan ketakwaan daripada ibadah puasa, mata, telinga, lidah, tangan, kaki, hati dan seluruh anggota badan hendaklah turut ‘berpuasa’. Inilah peringkat puasa yang sebenar-benarnya yang patut ada pada setiap individu muslim. Puasa yang seumpama ini telah dihuraikan oleh al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya yang masyhur iaitu ‘Ihya’ Ulumiddin’.  Imam Ghazali menamakan puasa yang seumpama ini sebagai puasa ‘khusus al-khusus’.

Namun, apa yang menyedihkan kita ialah ramai yang berpuasa perut sahaja, tetapi matanya tidak berpuasa. Mata tetap digunakan untuk melihat perkara-perkara maksiat seperti melayari laman pornografi dalam internet, meggunakan masa yang terluang sementara menunggu tibanya waktu berbuka puasa dengan menonton filem bollywood dengan aksi-aksi hero dan heroinnya yang menggiurkan!. Telinga pula digunakan untuk mendengar hiburan-hiburan yang melalaikan sama ada yang berbentuk sentimental, heavy metal, rock atau thrash. Lidah digunakan untuk mengumpat, menipu, mengeluarkan perkataan keji dan lucah atau sekurang-kurangnya membuang masa dengan sembang dan omongan kosong semata! Manakala tangan dan kaki masih digunakan untuk perkara maksiat seperti memberi rasuah dan melangkah ke pub dan disko. Tambah menyedihkan lagi ialah, keletihan menahan lapar sanggup digagahi, tetapi amat sukar untuk bertakbir dan  sujud menyembah Ilahi dalam menunaikan kewajipan solat fardhu lima waktu!.
Sewajarnya setiap umat Islam yang berpuasa merenung sedalam-dalamnya hadis nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Nasae’i dan al-Hakim yang bermaksud: “Terdapat orang yang berpuasa yang hanya memperoleh lapar semata-mata”. Puasa yang memenatkan badan, menahan lapar dan dahaga tetapi tidak memperoleh ganjaran yang disediakan oleh Allah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)“- Hadis riwayat Imam Bukhari. 
Sesungguhnya Allah telah menyediakan ganjaran yang besar dan tidak ternilai harganya kerpada orang yang benar-benar berpuasa. Dalam sebuah hadis sahih yang  diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,  Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”. Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya“.
Itulah antara ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi mereka yang berpuasa dengan cara ‘ibadat’ yang dikehendaki oleh syara’. Di samping itu, banyak lagi ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi orang yang berpuasa sebagaimana yang termaktub dalam nas-nas al-Quran dan al-Hadith. 
Ganjaran Seribu Bulan
Sebagaimana yang telah dijelaskan,  Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan elemen-elemen ketaqwaan. Puasa adalah ibadat yang dikaitkan dengan ketaqwaan. Orang  yang bertaqwa menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan mereka.  Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 2 bermaksud:   Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Di dalam ayat ini Allah SWT menyatakan al-Quran sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Sementara puasa pula adalah jalan untuk memperoleh taqwa. Ketaqwaan, al-Quran dan puasa digabungkan pula dengan penuh kemuliaan menerusi peristiwa penurunan al-Quran pada bulan Ramadhan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah
Kemuliaan ini juga dapat dilihat melalui ayat al-Quran yang menyatakan penurunan al-Quran tersebut berlaku pada malam yang paling mulia di dalam bulan Ramadhan iaitu lailatul qadr. Firman Allah dalam surah al-Qadr ayat 1 bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadr.
Al-Qurtubi  dalam  al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an berkata, “al-Quran diturunkan dari Lawh Mahfuz pada malam lailatul Qadr sekaligus. Al-Quran diletakkan di Baitul ‘Izzah di langit dunia. Kemudian Malaikat Jibril menurunkan al-Quran secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun.
Menurut Sheikh Manna’ Qattan dalam bukunya Mabahith fi Ulum al-Quran, proses penurunan al-Quran berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama, ia diturunkan dari luh mahfuz ke langit dunia secara sekali gus. Peringkat kedua pula diturunkan dari langit dunia kepada Nabi s.a.w. secara beransur-ansur melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.
Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Ramadhan bukan sahaja mendapat kemuliaan dengan penurunan al-Quran, bahkan ia juga merupakan bulan turunnya pelbagai kitab samawi yang lain. Kemudian beliau menukilkan satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal yang menukilkan daripada Wa’ilah bin al-Asqa’ bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diturunkan suhuf Ibrahim pada malam pertama bulan Ramadhan, diturunkan kitab Taurat pada hari keenam bulan Ramadhan, diturunkan kitab Injil pada hari ketiga belas bulan Ramadhan dan diturunkan al-Quran pada hari kedua puluh empat bulan Ramadhan”.
Selain kemuliaan tersebut, Allah SWT memuliakan al-Quran dengan Lailatul Qadr. Lailatul Qadr   menjadi ‘buruan’ penting bagi orang-orang soleh di dalam kalendar harian Ramadhan mereka. Ini lantaran keberkatan dan kemuliaan Lailatul Qadr yang amat besar sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran: Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(al-Qadr : 3).
Dalam merungkaikan maksud ‘lebih baik daripada seribu bulan’, al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan fi ta’wil al-Quran telah menukilkan beberapa tafsir ulama terhadapnya. Beliau memilih tafsiran yang mengatakan bahawa amalan pada malam Lailatul Qadr adalah lebih baik berbanding amalan selama seribu bulan yang tidak terdapat padanya Lailatul Qadr. Beliau menukilkan daripada Mujahid katanya, “Dahulu di kalangan Bani Isra’il terdapat seorang lelaki melakukan ibadat malam hari sehingga menjelang pagi, kemudian dia berperang melawan musuh Allah sehingga menjelang malam. Lelaki tersebut melakukan perkara tersebut selama seribu bulan. Kemudian Allah pun menurunkan ayat al-Quran (ليلة القدر خير من ألف شهر).
Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim dan al-Suyutiyy dalam al-Durr al-Manthur menukilkan daripada Abu Hatim yang menukilkan daripada ‘Urwah katanya, diceritakan kepada Rasulullah berkenaan empat lelaki dari kaum Bani Isra’il. Mereka beribadat kepada Allah selama lapan puluh tahun tanpa melanggar perintahNya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hazqil bin al-‘Ajuz dan Yusha’ bin Nun. ‘Urwah berkata, lalu para sahabat Rasulullah pun merasa kagum terhadap perkara itu. Lalu Jibril pun datang dan berkata, wahai Muhammad, umatmu merasa kagum dengan lelaki-lelaki tersebut yang beribadat kepada Allah selama lapan puluh tahun tanpa pernah melanggar perintah Allah walau sekelip mata. Sesungguhnya Allah SWT menurunkan kepada kamu perkara yang lebih baik daripada itu. Jibril pun membacaإِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ . Perkara ini lebih utama dikagumi olehmu dan umatmu. ‘Urwah berkata, perkara tersebut telah mengembirakan Rasulullah SAW dan para sahabat yang bersamanya.
Itulah kemuliaan Lailatul Qadr. Sesiapa yang berjaya menghidupkannya dia diberi ganjaran seumpama ahli ibadat dan mujahid yang beribadat dan berjihad hampir lapan puluh tiga tahun empat bulan. Satu ganjaran yang hampir mustahil diperoleh oleh kita pada zaman ini. Kemuliaan yang sebegitu sesuailah dikhususkan satu surah daripada 114 surah yang terdapat di dalam al-Quran.
Selain itu, kelebihan Ramadhan dan juga Lailatul Qadr juga dapat dilihat pada keampunan yang ditawarkan oleh Allah SWT khusus kepada hamba-hambaNya yang berjaya menghidupkan kedua-duanya sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  Barangsiapa yang mendirikan Lailatul Qadr dengan  penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, barangsiapa yang yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Ringkasnya kemuliaan Ramadhan jelas dinyatakan di dalam al-Quran al-Karim. Ia merupakan bulan ganjaran, bulan al-Quran, bulan keampunan dan bulan pesta ibadat yang paling meriah. Ini tidak bermakna menafikan konsep ibadat yang tidak terbatas pada masa dan bulan tertentu. Harap tidak salah sekiranya penulis membuat gambaran umpama sebuah pasaraya yang membuat promosi hebat pada bulan tertentu. Tujuannya ialah untuk menarik seberapa ramai pelanggan supaya mengunjungi pasaraya tersebut dengan harapan mereka akan sentiasa mengunjunginya pada bulan-bulan akan datang walaupun tanpa promosi. Begitulah keadaannya dengan bulan Ramadhan, tawaran berganda yang tiada tolok bandingnya datang daripada Allah SWT yang Maha Kaya lagi Maha Pengampun. Ia bertujuan untuk melatih kita supaya menggandakan kuantiti dan kualiti ibadat, semoga kita akan dapat meneruskannya di dalam bulan-bulan yang seterusnya sehinggalah menjelang Ramadhan yang akan datang.

Umpama Yahudi Beroleh Sengsara

Oleh
  Dr. Mohd Sukki Othman
Firman Allah dalam surah al-Hashr ayat 15 bermaksud: 
(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) disebabkan bauan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada Hari Akhirat kelak).
Dalam ayat ini, Allah s.w.t. telah mendatangkan kiasan bagi kaum Yahudi dan  orang munafik dengan mengingatkan mereka bahawa mereka tentu akan mendapat keburukan akibat kekufuran mereka serta mendapat kehinaan di dunia serta azab sengsara di akhirat kelak.
Orang Yahudi dan Munafik yang akan ditimpa kesengsaraan itu adalah umpama Musyrikin Quraisy yang tewas dan gugur dalam Peperangan Badar, atau umpama orang-orang Yahudi Bani Qaynuqa yang telah dihalau dari al-Madinah al-Munawwarah (Lihat Tafsir Abu Su’ud).  Orang  kafir Quraysh itu telah merasai akibat buruk kekufuran mereka di atas dunia ini dengan kegagalan mereka dalam Peperangan Badar yang berlaku enam bulan sebelum Peperangan Bani al-Nadhir (Lihat al-Fath al-Qadir oleh al-Shawkani)..
Begitulah keadaan orang-orang Yahudi dan orang-orang Munafik yang kufur kepada Allah s.w.t., mereka akan ditimpa keburukan dan kehinaan di atas dunia ini. Manakala di akhirat pula, Allah s.w.t. telah menjanjikan azab neraka yang pedih untuk mereka. Penggunaan kiasan dalam ayat ini bertujuan untuk menggambarkan kesesatan dan penyesalan yang akan dihadapi oleh golongan Yahudi dan munafik.
Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah mengambil pengajaran dan pengiktibaran agar tidak terjebak dalam mengikuti jejak langkah Yahudi. Sekiranya umat Islam menjalinkan kasih sayang dan kerjasama dengan Yahudi, bermakna mereka akan terjebak dalam kesesatan dan   penyesalan yang berpanjangan. Bukan itu sahaja, malahan kesengsaraan menanti di akhirat akibat kasih sayang dan kerjasama yang diberikan kepada musuh Allah itu.
Penguasaan Yahudi Masa Kini

Penguasaan Yahudi terhadap Baitul Maqdis serta penguasaan mereka ke atas masjid-masjid di sana terutamanya Masjid al-Aqsa adalah merupakan suatu kezaliman yang nyata. Oleh itu, menjadi suatu kewajipan kepada umat Islam untuk berusaha bersungguh-sungguh demi menyelamatkan al-Quds dan masjid-masjid yang terdapat di dalamnya. Bahkan menjadi suatu kewajipan kepada umat Islam untuk membebaskan Palestin keseluruhannya daripada cengkaman Yahudi.
Hukum syariat Islam telah menyatakan bahawa sekiranya musuh berusaha mendapatkan serta menguasai bumi umat Islam, maka umat Islam di situ wajib berjihad mempertahankan tanah air mereka. Sekiranya penduduk di situ tidak mampu, maka menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk berjihad membebaskan bumi umat Islam tersebut. Akan tetapi sekiranya umat Islam hanya duduk diam membisu tanpa berusaha untuk berjihad membebaskan masjid al-Aqsa dan persekitarannya, maka ini akan mengundang kemurkaan dari Allah.
Hukum Bekerjasama Dengan Israel
Sekiranya seseorang muslim itu menziarahi atau berurusan dengan Israel sedangkan mereka masih lagi memerangi umat Islam, maka beliau boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri munafik. Alasannya ialah sekiranya seseorang itu muslim sejati, sudah tentu beliau beriltizam dengan hukum-hakam Islam yang menghendaki agar memberi wala’ dan ketaatan kepada Allah, Rasul dan  orang beriman. Muslim sejati juga sudah pasti akan memerangi mereka yang bertindak memerangi Islam di samping bertegas tidak berurusan dan bekerjasama dengan musuh-musuh itu. Seseorang muslim dianggap bekerjasama dan berurusan dengan Israel sekiranya mereka berjual-beli makanan, alat-alat senjata serta memperdagangkan barang-barang Israel di negara-negara umat Islam.
Jelasnya, perbuatan-perbuatan ini akan menggalakkan aktiviti ekonomi Israel dan secara tidak langsungnya telah memberi kekuatan kepada Israel untuk terus menguasai bumi umat Islam dengan secara zalim. Sesungguhnya seseorang muslim yang berurusan dan bekerjasama dengan Israel dianggap sebagai pengkhianat kepada Allah, Rasul-Nya serta orang beriman. Ini adalah berikutan Islam itu adalah amanah yang wajib dipelihara. Sekiranya bekerjasama dengan Israel yang memerangi Islam, tidak syak lagi bahawa itulah suatu pengkhianatan terhadap agama Islam. Inilah yang dinamakan munafik di dalam agama.
Perbuatan nifaq ( munafik ) serta mengkhianati Allah, Rasul dan  orang beriman adalah sebesar-besar jenayah dan dosa. Kerjasama yang dilakukan oleh seseorang individu muslim dengan Negara Israel seperti menyeludup masuk bahan-bahan makanan dan senjata serta memperniagakan barang-barang Israel di negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain, adalah merupakan jenayah dan pengkhianatan yang amat besar. Jenayah ini dianggap  amat besar kerana individu tersebut boleh dikatakan terlibat dengan perisikan yang bertujuan menghancurkan Islam.
Unit perisikan Israel sudah tentu akan mengambil kesempatan di atas kerjasama dengan individu muslim tertentu untuk mengetahui kekuatan tentera Islam seperti bilangan anggota tentera, kubu-kubu pertahanan dan sebagainya. Individu muslim yang sanggup diperalatkan sebegitu rupa semestinya mengharapkan ganjaran wang yang banyak hasil kerjasama dengan Israel. Malangnya, kerana semangat material yang menguasai diri, telah menyebabkan seseorang itu menjadi penolong kepada musuh-musuh agama dan seterusnya mempunyai saham yang besar dalam usaha memerangi Allah dan orang  beriman.
Pertolongan yang dilakukan oleh individu-individu tertentu terhadap Israel telah memungkinkan Israel terus menguasai bumi yang dirampas daripada tangan umat Islam. Sedangkan bumi tersebut adalah bumi suci umat Islam yang telah dipertahankan oleh umat-umat Islam terdahulu sehingga terpaksa menumpahkan darah-darah mereka dan mengorbankan nyawa-nyawa mereka. Bumi suci umat Islam ini telah disebut oleh Allah swt di dalam al-Quran dan juga telah disebut oleh Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat pertama bermaksud: “ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda ( Kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
Menjadi teman setia Yahudi
 Telah dinyatakan sebelum ini bahawa segala unsur-unsur kerjasama dengan Israel seperti penyeludupan barang-barang dan memperniagakan barang-barang Israel di negara-negara umat Islam adalah menunjukkan bahawa jalinan kasih sayang dan tolong-menolong akan wujud diantara individu-individu Islam tertentu dengan Israel.
Perkara-perkara yang seumpama ini jelas dilarang oleh Allah di dalam al-Quran. Allah menjelaskan bahawa individu-individu muslim yang melakukannya juga akan menyebabkan gugurnya iman. Contohnya ialah firman Allah dalam Surah al-Mumtahanah ayat pertama, maksudnya: “ Wahai  orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita tentang Muhammad), kerana rasa kasih sayang dengan mereka”.
Ayat al-Quran ini menunjukkan bahawa apabila seseorang menjadi teman setia kepada musuh-musuh Islam, ianya akan menafikan keikhlasan dan keredhaan Allah. Begitu juga firman Allah dalam surah yang sama ayat ke-9, maksudnya: “Sesungguhnya Allah melarang kamu menjadikan sebagai temanmu  orang yang memerangi kamu kerana agama serta mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah  orang yang zalim”.
Manakala firman Allah dalam Surah al-Mumtahanah ayat ke-13 pula bermaksud:  “Wahai  orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah”.
Seterusnya terdapat ayat yang khusus ditujukan kepada golongan Yahudi sebagaimana yang diterangkan oleh sebahagian ahli tafsir yang menafsirkan surah al-Fatihah ayat 7, iaitu mereka adalah golongan yang dimurkai Allah. Ayat tersebut bermaksud:“…bukanlah golongan yang Engkau murkai ( Yahudi )…”.
Begitu juga terdapat ayat al-Quran yang secara jelas menyatakan bahawa sesiapa yang mengambil mereka sebagai pemimpin, maka akan termasuklah dalam golongan mereka seperti firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat ke-51yang bermaksud: “Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka”.
Ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa yang menjadi teman setia serta memberi ketaatan kepada Yahudi, maka orang itu adalah termasuk dalam golongan mereka.
Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat ke 14-15 pula bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan  orang yang menjadikan suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman?. Orang  itu bukan dari golongan kamu dan bukan (pula) dari golongan mereka. Dan mereka bersumpah untuk menguatkan kebohongan sedang mereka mengetahui. Allah telah menyediakan bagi mereka azab yang sangat keras, sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan”.
Jelasnya, ayat-ayat al-Quran telah menyatakan bahawa mereka yang menjadi teman setia kepada Yahudi ( yang telah merampas bumi umat Islam ), mereka itu amat jauh daripada keimanan dan keislaman. Apatah lagi di akhirat kelak, mereka akan ditimpakan azab yang pedih sebagaimana yang ditimpakan ke atas  orang yang munafik. Manakala di dunia ini, golongan yang seumpama ini tidak akan hidup dalam ketenangan dan ketenteraman sebaliknya sentiasa mengundang bala dan musibah dari Allah. Di dunia mereka akan sengsara, apatah lagi di akhirat kesengsaraan yang abadi akan menjadi teman setia mereka.

Rancangan "ANDA MUSYKIL"

ASSALAMUALAIKUM…. Rancangan “ANDA MUSYKIL” terus bersiaran secara langsung pada minggu ini… TAJUK : PERISTIWA AKHIR ZAMAN PANEL : USTAZ DR. MOHD SUKKI OTHMAN Pensyarah Kanan UPM TARIKH : 18 hingga 20 April 2014 ( Jumaat Hingga Ahad ) W…

1 2