Antara cadangannya supaya kerajaan membayar caruman majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suatu tempoh masa dan memberi subsidi elektrik.
Penduduk Kampung Bertam Valley, Cameron Highlands mendakwa tidak bersedia untuk menghadapi terjahan banjir lumpur yang melanda kawasan itu semalam walaupun telah mendengar siren amaran dibunyikan pada tengah malam.
BN memulakan kempen mereka di Sungai Limau semalam dengan pendekatan berhati-hati dalam menjaga sentimen penduduk tempatan ke atas bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak.
Kerajaan perlu meningkatkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) kepada 25 peratus untuk hartanah yang dipegang kurang lima tahun dan 10 peratus bagi tempoh kurang sepuluh tahun dalam bajet 2014, kata seorang pensyarah pelawat di Institut Asia-Eropah, Univ…
dikemaskini Jawatankuasa pemilihan PAS menerima pencalonan untuk Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan timbalan presiden.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) perlu menjelaskan mengapa paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands tidak dipantau secara konsisten sehingga pelepasan air kecemasan terpaksa dilakukan, kata seorang ahli Parlimen.
dikemaskini Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanthan menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menjalankan ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Pensyarah di pusat pengajian komunikasi USM, Profesor Madya Mohamad Md Yusoff dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata ia bagi mengimbangi pulangan perniagaan kaum itu yang kini perlu bersaing hebat.
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh mengagihkan semula pendapatan dari golongan kaya kepada golongan berpendapatan rendah, kerana mereka yang berpendapatan tinggi dijangka membayar lebih kepada GST, kata MCA.
Pensyarah Universiti Malaya (UM) Muhammad Asri Mohd Ali tampil menjelaskan kenyataannya sebelum ini berhubung keperluan perdana menteri dan ketua Menteri mengisytiharkan harta.