Gerakan mencari dan menyelamat seorang wanita Indonesia yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir lumpur di Sungai Bertam, Ringlet di Cameron Highlands diteruskan hari ini.
Pesta tradisi masyarakat itu yang diadakan di Wat Uttamaram di Pasir Mas, berlangsung meriah bermula dengan program keagamaan penganut Buddha sehingga berakhir pada tengah malam.
Pada saingan pusingan kedua semalam, Chong Wei, tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Ajay Jayaram dari India dengan keputusan 21-18 dan 21-18 dalam masa 45 minit.
Pada perlawanan pusingan pertama, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain China itu dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-2.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membebaskan Dr Ling selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam ucapannya di majlis pemberian bantuan di Sungai Limau semalam berkata, beliau berharap agar penerima cermin mata akan memilih BN ketika mengundi pada 4 November.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah peruntukan pembangunan dalam Bajet Selangor 2014, seperti yang dikemukakan dalam memorandum BBC.
dikemaskini 8.29pm Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (Sosma) kerana suasana sekarang sangat buruk.
Pengerusi Felda Global Venture Holdings (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempertahankan pembelian hotel di London oleh Felda yang menurutnya tidak bertentangan dengan perniagaan teras syarikat perladangan itu.