Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat Kuantan, awal pagi tadi.
Seorang rakyat tempatan berasal dari Kota Kinabalu ditahan pihak berkuasa Filipina di Zamboanga City, selepas disyaki terlibat dengan aktiviti Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Selatan Filipina.
Kita kurangkan pemakanan yang membawa kemudaratan dan agih kewangan itu untuk faedah melalui kesihatan yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
dikemaskini 12.32pm Peguam kanan persekutuan Norhisham Ismail berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila memutuskan pemberian permit penerbitan merupakan hak bawah perlembagaan.
Syarikat makanan segera Pizza Hut menjelaskan bahawa salah satu restorannya di Mid Valley tidak menghalang ahli majlis Petang Jaya Anthony Thanasayan, yang berkerusi roda, dari memasuki kedai semasa kejadian Isnin lalu.
Menteri dalam negeri berkata, manifesto pembangkang untuk mengurangkan pekerja baik tetapi seolah-olah mengecat langit dan tidak berpijak di bumi nyata.
Perdana Menteri United Kingdom David Cameron berkata inisiatif Datuk Seri Najib Razak berjaya memberi inspirasi dan menyatukan masyarakat di seluruh dunia.
Pembangkang kini dilihat begitu ligat memainkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu subsidi gula ditarik balik, kata menteri komunikasi dan multimedia.
Merujuk Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia adalah hasil keberkesanan program reformasi kerajaan.
Di rantau kita, Islam tidak kurang hebatnya diancam walaupun bukan dalam bentuk peperangan…, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata lelaki berusia 49 tahun itu ditembak beberapa das oleh individu yang menaiki motosikal ketika beliau hampir sampai ke rumahnya pada pukul 7.40 malam.