Gurauan Wan Suib Wan Long, 60, ketika mengambil ubat jantung daripada isterinya, Syarifah Fatimah Wan Ahmad, 56, di Taman Spawi Lorong Cenderawasih Samariang pada awal semalam merupakan satu petanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Balu pengasas kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam Hatijah Aam dan kira-kira 300 pengikutnya menyertai upacara istitabah (taubat) anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.
Rumusan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati nahas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas, yang mengorbankan 37 nyawa manakala 16 lagi cedera, berpunca daripada beberapa faktor…
Ketika kejadian di kedai itu yang teletak berhampiran Pasar Borong Selangor di Serdang, 11 pekerja kedai berkenaan dikatakan sedang memunggah dan mengemas barangan runcit di bahagian tersebut sebelum runtuhan itu berlaku.
Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) cawangan Sarawak menuduh portal berita Sarawak Report mengamalkan kewartawanan murahan kerana didakwa memutar belit fakta tentang lawatan wartawan dari Kuching dan Bintulu…
Jabatan Peguam Negara mengesahkan ia tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam kes penipuan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman difailkan seorang peguam terhadap Malay Mail Sdn Bhd dan bekas wartawannya berhubung sebuah artikel berkaitan perbicaraan kes di mahkamah.