S. Balakrishnan, 59, berkata tujuan beliau menawarkan diri untuk jawatan tersebut adalah bagi memastikan MIC negeri itu mempunyai wakil di peringkat tertinggi pusat sama seperti Umno dan MCA Johor.
Kerajaan akan memperkenalkan sistem belanjawan berasaskan hasil (OBB) mulai tahun depan dalam usaha memastikan pengurusan kewangan di semua kementerian lebih efisien.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, capaian kepada Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari 2014.
Kekecohan mengenai penemuan lima objek yang disyaki bom di loteng sebuah rumah banglo lama di Jalan Air Molek 2, Titiwangsa di sini, berakhir apabila polis mengesahkan ia hanyalah barang perhiasan.
Mahkamah Rendah Syariah Kuantan hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun Mat Saat, atau dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ selepas ketua kumpulan ajaran sesat itu gagal hadir buat kali kedua untuk proses pengurusan kesnya semalam.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Polis Diraja Malaysia Datuk Ayub Yaakob berkata jika ada keperluan, polis tidak akan menolak permohonan mereka tetapi ia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor akan memantau pelaksanaan projek itu yang bertujuan mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi penduduk di beberapa tempat sekitar Klang.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan hari ini meminta orang ramai bersikap lebih rasional dalam memberikan komen terhadap kaedah yang digunakan polis semasa menangkap suspek utama kes bunuh pegawai bank Ahad lepas.
Nampaknya, tambahan lukisan anggota polis pun tidak dapat ‘melindungi’ mural (lukisan dinding) ‘jenayah’ Ernest Zacharevic apabila pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru memadamkan karya seni itu dengan cat putih hari ini.
Satu usul untuk menggantung MP Padang Serai, N Surendran selama enam bulan dari Dewan Rakyat akan dibentang oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri esok.