Malaysia perlu menyaingi Singapura dan mengakui bahawa hukuman mati mandatori untuk penyeludupan dadah amat kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan daripada Ahad kepada Jumaat.
ULASAN RM270 juta dibelanjakan untuk pengambilan 360 mentor bahasa Inggeris antarabangsa melalui tiga firma perunding, iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group.
Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata YIPs terpaksa menutup IPTIPs kerana masalah kewangan dan setakat ini tiada altenatif untuk memberi nafas baru kepada institusi itu.
Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di Bachok, malam tadi.
ANALISIS Berdasarkan senario sedia ada, sudah tentu 1,300 perwakilan yang akan mengundi pada 22 November ini sedang berbelah bahagi untuk memilih antara kedua-dua penyandang ini.
Seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota polis sebelum merampas sepucuk pistol dan melarikan kenderaan peronda polis di susur keluar Tol Chenor Lebuh Raya Pantai Timur tengah malam tadi dipercayai mengalami masalah mental.
Jika pagi tadi beberapa MP pakatan Rakyat mengoyak-ngoyak kertas usul menggantung MP Padang Serai sewaktu ia dibentangkan, petang tadi menyaksikan giliran MP dari BN pula untuk ‘membalas dendam’.
Malaysia Airlines menafikan bahawa penggantungan tugas ketua pramugaranya yang juga presiden kesatuan, Ismail Nasaruddin adalah satu tindakan mensasarkan kesatuan, tetapi menegaskan syarikat itu bertindak mengikut undang-undang.