Beberapa syarikat telekomunikasi utama sedang berganding bahu untuk menyediakan satu cara mudah bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina.
Aktiviti pelancongan di sekitar Semporna tidak terjejas walaupun terdapat satu insiden pembunuhan dan penculikan terhadap pelancong warga Taiwan di Pulau Pom Pom dekat Semporna Jumaat lepas.
MP Johor Bahru Shahrir Samad berkata pihak berkuasa bertindak berlebihan dengan memadam mural yang dihasilkan oleh artis Ernest Zacharevic yang menonjolkan kes kejadian jenayah di bandar itu.
Naib gabenor Wilayah Leyte Carlo P Loreto berkata wilayah itu kini bergerak di landasan yang betul ke arah pemulihan tanpa sebarang kerjasama oleh rakyatnya, dengan pemulihan sepenuhnya dijangka berlaku tidak lama lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihak kerajaan akan menerima usul perbahasan berhubung pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan sekiranya perkara itu dikemukakan ke Dewan Rakyat.
Akhbar Mingguan Malaysia tanpa berselindung lagi hari ini menyeru agar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek segera berundur dari mengetuai parti tersebut atas kegagalan parti berkenaan dalam pilihan raya umum lalu.
Perkembangan yang berlaku dalam MCA Pusat menjelang pemilihan parti pada 21 Dis ini bakal menjadi penentu kepada siapa di antara tiga anggota dewan undangan negeri (Adun) di Melaka yang akan dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri ini.
Soal penjenamaan semula Pemuda PAS menjadi tumpuan utama bagi dua calon yang merebut jawatan tertinggi sayap parti Islam itu ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat dan juga peguam Zulhazmi Shariff.
Pegawai khas menteri besar Perak itu, menang dengan majoriti 44 undi selepas memperoleh 278 undi berbanding 234 oleh V Mugilan, bekas timbalan ketua pemuda sayap itu.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Sohaimi Shahadan mengutuk tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memburuk-burukkan kepimpinan negara dan negara di luar negeri.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menang tanpa bertanding jawatan timbalan presiden MIC bagi penggal 2013-2016 selepas penamaan calon ditutup hari ini.